Friday 15 February 2019

Euri Aegi , Baby Ramadhan


Assalamualaikum .

Lama sangat tinggal blog , sekadar tempat untuk mengisi segala memori dan peringatan diri yang kadang-kala alpa dan leka.

Euri Aegi : Bayi kami

Tanggal 30 April 2018 , pukul 2.30 pagi macamtu baru sampai rumah dari Kelantan . Tergerak hati nak check UPT (alat check mengandung) sebab dah lewat 3 hari tak uzur . Memang spare beli in case saja nak patahkan hati sendiri check takde double line . Tapi masa check tu , ehh samar-samar double line nya .

Pagi esok sebelum ke sekolah check lagi , still samar-samar . Antara percaya dengan tak sangka , itu lahh tanda awal akhirnya selepas setahun kahwin ada baby kecil dalam rahim .

Takde langsung tanda muntah atau apa , just tergerak hati nak check sebab tak pernah lagi uzur lewat . Paling-paling pun memang terawal sangat adalah .

Banyak kali juga check UPT sebab si Ira lahh kata check hari-hari . Berapa banyak dah UPT habis dan alhamdulillah semua UPT memang tunjuk double line .

kemudian bermula lahh episod ke klinik , first scan takde apa sebab awal sangat maybe baru dalam 4 minggu . Tak nampak dot pun lagi . Next scan masa bulan puasa dah nampak dah kantung baby ittew . Alhamdulillah , masa tu pergi klinik sebab rasa penat sangat dengan bulan puasa nya . Memang sepanjang bulan puasa tak larat pun tetap usaha puasa .

7 Jun 2018 , hari pertama ke klinik nak bukak buku pink . Mana lahh pernah nak buatkan tapi masa tu kena check berat , halah halah berat pun 39 kg je ahahaa Hari tu juga dapat scan lagi sekali doktor tunjuk dah ada degupan jantung baby . Dah nampak bentuk baby walaupun kecik sangat lagi . Nomey sangat baby eomma intan hehee

8 Jun 2018 , pagi tu ada majlis dekat surau . Tak ingat buat apa , memang ada dahh tegur muka nampak pucat sangat tapi takde lahh pikir apa-apa . Sebelum balik tengahari tu ada sambutan hari raya , masa tu memang dah rasa sakit perut . Ingatkan angin sebab puasa kan . Jadi takde lahh nak pegi klinik check dgn doktor . Yang tak tahannnya siap ada maternity photoshoot dengan budak berlima si Mok , Alip , Dinie, Aniq and Aiman .

Sebelum buka puasa memang rasa sakit sangat perut , keletihan sangat rasa haritu . Buka puasa pun makan mushroom soup je . Ingatkan lepas isyak nak ajak pak ustad pergi makan singgang kat kl sebab rasa tak selera sangat nak makan benda lain .

Masuk toilet nak mandi keluar lendir darah . Cuak dah lahh masa tu sebab doktor cakap kalau ada spotting keluar darah terus pergi hospital . Memang terus ajak pak ustad pergi hospital sebab risau lahh jadi apa-apa .

Sampai je hospital , start sakit yang teramat sangat perut , peha pinggang semua sakit . Keluar masuk toilet muntah angin muntah air . Masa tunggu turn jumpa doktor dah siap tanya kat pak ustad , kalau baby takde macammana . Dia kata kalau takde nak buat macammana redha je lahh . Masa tu siap potong que lagi sebab sakit yang tersangat-sangat sakit memang tak tahan . Doktor bawa scan then terus doktor suruh pergi bahagian bersalin .

Dah lahh masuk kat situ suami tak boleh masuk , duduk lahh pak ustad sorang-sorang kat luar . Doktor pun tak turun lagi , kena menunggu lagi . Tengah nak tunggu tu rasa nak pergi toilet . Masuk je toilet habis keluar segala ketulan darah yang sangat banyak habis kena seluar dalam , seluar , stokin semua .

Yup masa tu dah dapat agak baby takde dah . My baby Ramadhan , 24 Ramadhan was the last day i carry him . I'm so glad that i got to carry him in my womb for almost 11 weeks . And very thankful that i finally got pregnant . Usaha nak pregnant tak payah cakap . Folic acid , pil zuriat , susu , mengurut itu lahh yang dibuat . Alhamdulillah , finally i know that i can pregnant .

Ohh oke sambung , dah habis keluar ketulan darah banyak-banyak tu doktor pun sampai . Dia kata nak check and buat D&C . Cuci rahim . Hidup-hidup dirodoknya rahim ittew , Dah lahh sakit dah tadi  , bertambah sakit lagi macam ada tangan ju-on dalam rahim . Hanya mampu istighfar nak menahan sakit dirodok hidup-hidup . Ingatkan yang masa kat toilet tadi tu banyak tu je darahnya , rupanya banyak lagi ketulan sampai jatuh kat kasut ahahaa habis katil penuh darah je .

Masa doktor dah rodok tu , dia tanya baby nak hantar makmal atau bawa balik . So i decided bawa balik , tanam je . Walaupun hanya tinggal cebisan tapi still that's my baby .

Dah habis dirodok , doktor suruh tunggu nak pantau . Yang pak ustad still kena duduk luar , hanya mampu ws je baby dah takde . Maka bermulalah episod sendu , dengan sakit perut masuk angin dok muntah asid perut . Tertidur pun dalam keadaan duduk sebab sakit .

Elok je waktu sahur terus ws family , kengkawan , makngah and kak erna yang baby takde dah . Ohh masa tu memang banjir air mata lahh pula . Kaksu pun ws personal . Masa tu apa lagi nak dibuat , menangis je lahh nak buat macammana baby dah takde . Sampai situ je rezeki yang ALLAH bagi .

Tak habis kat situ , kena stay kat hospital sebab still ada lagi dalam rahim yang tak keluar . Jadi kena masuk bilik pembedahan buat lagi sekali D&C tapi dibius . Dan seterusnya bermula lahh episod pantang makan nasi dengan ikan bilis . tapi beraya still beria , takkan nak meratapi pula . Cuma masa beraya tak dapat lahh makan macam-macam , makan biskut je wehhhh kuih raya pun habis raya baru makan sadis gila .

Kini , hampir masuk 2 tahun usia perkahwinan , belum lagi dikurniakan rezeki anak . Wallahualam , mungking ada banyak hikmahnya belum dikurniakan rezeki anak . Banyak lagi yang perlu diperbaiki , banyak lagi yang perlu dipelajari .

Stress , siapa tak stress . Nothing come in my mind melainkan hal zuriat . Nak kata ada goal lain , tak ! Pujuk lahh nak buat itu nak buat ini , memang goal dalam hidup sekarang ni hanya nak anak sahaja . Kadang orang tengok kita cool je tapi dalam hati siapa yang tahu .

Alhamdulillah mak ayah tak pernah pressure pasal anak . Pak ustad ada juga lahh tanya tapi nak buat macammana , bukan boleh diminta terus dapat anak tu ahahahaa

Jadi sekarang ni hanya mampu terus berusaha dan berdoa untuk memperoleh zuriat . Setiap orang rezekinya berbeza-beza . Mudah-mudahan diberi lagi kesempatan untuk memperoleh zuriat secepatnya . InshaaALLAH , bi iznillah .

Whatever it is , eomma Intan always love Baby Ramadhan eventhough hanya dapat tengok heartbeat je but our love last forever euri aegi .

*Malas nak update gambar sebab semua dalam hp takde dalam laptop . Di abadikan dalam instagram sahaja .