Sunday 27 January 2013

Kenapa bukan aku ?


Bedah : Kenapa ? Kenapa bukan aku ?
Tipah : Apa yang kenapa bukan kau Bedah ?
Bedah : Kenapa dorang bahagia tapi bukan aku ? Aku pun na bahagia .
Senah : Bahagia tu subjektif , ALLAH bagi bahagia kat hambaNya dalam macam-macam bentuk .
Joyah : And kalau bukan di dunia , inshaaALLAH di akhirat sana (:
Bedah : Thanks korang , inshaaALLAH kita sama-sama doa (':

Assalamualaikum u'olss . I'olls doakan u'olls sehat . Gituuu hahaa

So hari ni , ni lahh entry baru . Humble sangat , perkongsian yang ta seberapa dari hati yang mendalam , cewahh hehe

Kenapa bukan kita ? Kenapa mereka bahagia tapi bukan kita ? Macam sama tapi bukan dia *ehh haha*

Bahagia tu subjektif . It can't be denied lahh teen nowadays na merasa bahagia antara si adam dan si hawa yang ingin mengejar bahagia till Jannah . Tapi most of the teenagers nowadays totally misused this "till Jannah" words . Upload gamba rapat-rapat , peluk-peluk WITHOUT hubungan yang sah na till Jannah . Na till Jannah , taubat then nikah (: Lepas tu upload lahh bagai na rak pun but da halal pun jaga etika penguploadan gamba ke alam maya (:

Oke , berbalik pada isu mengejar bahagia till Jannah between si adam dan si hawa . Biasa bro , darah muda . Nafsu tengah bergelora bak ombak rindu di Teluk Senangin *cewahh* , mesti lahh macam alahai satu perkara yang totally macam menyesakkan dada . Lagi-lagi kalau da saling suka *cakap pasal sapa ni cik bori oii* tapi in my situation , most situation around me lagi-lagi sedang menuju kejayaan di menara gading yang tinggi kurang sikit dari KLCC *mengarut da* , memang tidok leeee na dapat permision hubungan yang halal .

So macam mana na bahagia ni ? Itew na cangat bahagia antara si adam dan si hawa ni *pang! lempang laju-laju pipi gebu tu*

Dear akhowat and the ikhwan yang ana hormati , ALLAH kurniakan kebahagiaan untuk kita di dunia ni dalam macam-macam bentuk . Kalau na kata na bahagia antara si adam dan si hawa , ta semestinya bahagia . Kalau buatnya nanti tade kesefahaman , macam mana na kecap bahagia ? So before mengecap bahagia antara si adam dan si hawa ala-ala ala kadar ke apa ke , kita boleh kecap bahagia antara family kita . Meriah apa ada parents , ada siblings yang memeningkan kepala and menyakitkan hati tapi bila ta jumpa rindu , ada kawan-kawan yang walaupun perangai macam-macam . Ta semestinya antara si adam dan si hawa *memujuk diri sendiri sebenarnya lalala*

So jangan ditanya kenapa bukan kita . Kenapa kita ta bahagia macam dorang ? ALLAH kurniakan bahagia tu dalam macam-macam bentuk . And semestinya ALLAH na uji kita untuk terus bersabar mengecap bahagia yang kita impikan antara si adam dan si hawa tu . ALLAH bagi bahagia kat orang lain tu pun salah satu ujian ALLAH untuk menguji hambaNya bersyukur atau ta dengan bahagia yang dikecapi . Walaupun nampak bahagia , banyak lagi ujian yang ALLAH bagi pada hambaNya and kita kena sentiasa ingat , ALLAH ta uji hambaNya melebihi kemampuannya .

Apa-apa pun yang lebih membahagiakan bagi seorang umat Islam itu apabila mencapai matlamat hidup di dunia iaitu mendapat redha ALLAH , mendapat syafa'at Rasulullah saw dan masuk syurga ALLAH . InshaaALLAh , aamiin .

28:77. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.

11:108. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam surga mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya.


#Dengan mengingat ALLAH hati jadi bahagia (: Jangan putus asa , terus berdoa .

Wednesday 23 January 2013

Rasulullah , Kekasih ALLAH


Assalamualaikum .
Entry kali ni tade conversation macek-macek tu sebab diorang cuti haha

InshaaALLAH entry kali ni ana na kongsi ann biodata and serba sedikit sejarah Kekasih ALLAH , Nabi Muhammad , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersempena maulidur rasul tahun ini .

Asif walaupun ana share dari blog akhi -NI- tapi inshaaALLAH jadi panduan kita semua bersama . Kurang lebih mohon dimaafkan kekhilafan diri ana sendiri .


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#ixzz2IlMNnRvv


Banyak lagi rujukan yang boleh kita ambil sebagai panduan kita mengenali dengan lebih Kekasih ALLAH ni , ta kenal maka ta cinta . InshaaALLAH sama-sama kita menyemai cinta kita kepada ALLAH terutamanya dan juga kekasih-Nya .

Perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad saw , semoga kita peroleh syafa'at kelak di akhirat sana .

Nasihat daripada seorang ukhti menerusi bbm mengatakan " si salik ( orang yang mula hendak berjalan mendekati diri kepada ALLAH ) mesti bermula dengan selawat . Ini kerana jalan mendekatkan diri kepada ALLAH adalah dari Rasulullah saw. Berzikir semata-mata tanpa selawat membolehkan kita terjerumus ke jalan iblis kerana iblis tidak berselawat sehingga menjadi sombong manakala malaikat pula tidak sanggup menghafal dan mengingat berapa banyak selawat kepada Baginda saw. "

Semoga kita saling menasihati dan mengingati sesama kita untuk terus berzikir dan berselawat bagi meningkatkan cinta kita kepada ALLAH swt dan kekasih-Nya , Nabi Muhammad Rasulullah saw .



#Allahumma solli 'ala Muhammad, ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim ♥


Sunday 20 January 2013

Mujahadah , Istiqamah


Bedah : Allahu , Allahu .
Senah : Napa ni Bedah ? You look so sober right now .
Bedah : Senah , why is it so hard to mujahadah ?
Senah : Bedah , mujahadah is bitter because Jannah is sweet .
Melah : Yup , ALLAH never test HIS servant beyond their ability .
Bedah : I just wanna to istiqamah in my mujahadah but it gets so hard for me .
Tipah : Just bear it , pray to ALLAH The Almighty (:
Bedah : InshaaALLAH , always pray (':

Assalamualaikum .
There goes the conversation but sedihnya Bedah . Me feel sorry for her also *ehh*

Mujahadah . Setelah di-google , mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak nafsu . Kehidupan kita seharian takkan pernah terlepas dari godaan hawa nafsu . Hawa nafsu bukan sal seks semata-mata , nafsu makan , tidur , macam-macam ada . Kalau diikutkan hawa nafsu , apa pun ta jalan . Kalau ikukan nafsu tidur , ka laut ke darat lahh solat amal ibadah semua . Perghh sapa ta suka dapat golek terlentang atas katil . Lama-lama BBM - baring-baring menyesal .

Kenapa na kena mujahadah ? For example , kalau ekotkan hawa nafsu , mesti kita na berpasang-pasangan . Dicintai dan mencintai konon sangat cewahh ann , so kita pun couple . Bila couple before nikah ni , mostly hanya sebab nafsu kita je , ta kesa lahh muda lagi ke , da tua kerepot ke . Tu yang banyak terlanjur , buang anak bagai . Memang semua tu kalau dapat jumpa memang bagi kaki je . Kalau da betul suka , masuk meminang , kawen . Kau couple lahh bagai na rak pun sebab da halal . Tade sapa na kesa da .

Mana ada duit na kawen , tapi na couple juga . Janganlah kita menzalimi diri kita sendiri menuju ke jalan yang mendekatkan diri dengan maksiat dan zina . Dengan itu , kita bermujahadah , melawan nafsu kita . Jihad melawan nafsu kita sendiri demi redha ALLAH . That is why ada kata-kata hikmat " MUJAHADAH ITU PAHIT , KERANA SYURGA ITU MANIS " Na masok syurga ALLAH kena lahh berjihad , mujahadah . Kalau na dibandingkan kita dengan masa zaman Rasulullah dulu , betapa ta layaknya kita meminta syurga ALLAh yang indah .

Bukan senang na bermujahadah , sebab ekotkan nafsu even sikit pun , kita da bole kalah . Tambah dengan hasutan syaiton nirrojim lagi , ALLLAHu Akbar , ta dapat eden na bayangkan .

Ye , mujahadah tu payah sangat . Macam terkongkong , tapi jangan rasa macam tu sebab tu semua ALLAH tetapkan sebab na jaga kita , na jauhkan kita dari api neraka . ALLAH tu Maha Penyayang , Maha Pengasih , Maha Pengampun .

Bila da bermujahadah , ada lagi yang perlu kita buat . Istiqamah . Setelah di-google lagi , istiqamah dapat disimpulkan dengan melakukan sesuatu secara berterusan dan berpegang teguh kepada apa yang dianjurkan dalam Islam . Truely said , bukan mudah untuk istiqamah lepas bermujahadah . Mostly , macam kejap je lepas tu buat balek , then baru mujahadah balek then tinggal jap . That kind of attitude memang sah-sah ta istiqamahnya . Ada juga a quote biar amalan sikit asalkan istiqamah .

Kita manusia biasa yang hina dan kerdil ni , takkan penah akan mencapai kesempurnaan . Nobody perfect , unless Nabi dan Rasul yang dipilih ALLAH . Tidak mengapa ibadah kita tidak sempurna , tapi jangan buat sambil lewa , berusaha mensempurnakannya , walau mengambil masa . Yang penting lillahi ta'ala . Kita hanya mampu berdoa semoga amal ibadah kita diterima , buat bekal di akhirat sana . Ecehh da macam pantun heee ~

Mujahadah beristiqamah , istiqamah bermujahadah . Melawan nafsu kita untuk terus istiqamah dengan amal ibadah kita yang ta seberapa dan istiqamah melawan nafsu kita supaya dapat terus beramal ibadah menuju dunia yang abadi . Inilah jihad kita !


Saturday 19 January 2013

Consider it !


Bedah : Arghhhh !!!
Peah : Ngapanya Bedah ?
Bedah : Kau tengok ni .
Eton : Apa apa ?
Tipah : Wahh comelnya gamba ni .
Bedah : Alaa tapi kau tengok , gamba ni masa zaman dulu-dulu , tudung aku pun singkat ni . Siapa upload ni ?
Joyah : Kau DM lahh dia soh delete .
Bedah : Ta tido malam lahh aku !!!

Assalamualaikum .
Once again this conversation yang agak mengarut hee ~

But that's oke , yang pentingnya content .

Ni na story mory ni . Semalam lepas final Maharaja Lawak Mega yang Jozan menang tu , hee dekat astro Mustika tayang cite 3 Temujanji . Dalam cite tu hero die Pierre Andre , heroin dia Yana Samsudin . But bukan tu yang na di-alkisahkan sekarang ni . Ye lahh dalam tu ada juga Diana Amir , masa tu dia belum berhijrah lagi so memang ta sampai hati na tengok . Yang agak disappointednya sekarang ni , ta kesa lahh na buat duit but respect lahh actress yang da berhijrah bertudung sekarang ni . Banyak lagi cite bole tayang , kenapa ta banned je cite tu ?

Maybe I have no right na cakap sampai banned cite tu sebab banyak lagi cite kalau na diikutkan perlu di-banned , but have some respect for them . Walaupun bukan diri sendiri but respect lahh diorang ni . Dengan tayang cite tu , still menunjukkan aurat diorang . Please lahh consider sikit .

Tu yang bab artis , dalam dunia diorang but me just rasa perkara ni bole bawa bincang antara diorang . Dalam dunia yang bukan artis pun sama juga . Ada setengah orang suka na upload gamba yang ada muka dia , but disamping tu , ada juga selit orang lain . Please please please reconsider sebelum upload gamba hangpa , orang yang ada dalam gamba tu terpelihara ta aurat dia . Even aurat terpelihara , tapi gaya menggoda pun ta bole juga .

Don't be a selfish person just because you wanna to look beautiful to others , yet you're not reconsider others feeling . Its the matter of dosa dan pahala . Memang kita sendiri ta bole na judge but kita ada akal fikiran yang ALLAH kurniakan untuk fikir , kalau benda tu da sah kita nampak bercanggah dari syarak , kita tao da malaikat belah mana yang akan mencatit .

Ta kesa lahh lelaki or perempuan , saling consider bab aurat ni . Me feel sorry for the muslimah actress like Diana Amir , Yatt Hamzah and many more yang filem diorang zaman dulu-dulu tu ta dapat na di-banned sebabkan production na buat duit . But buat apa sume tu kalau ALLAH ta redha ? Tepuk dada tanya iimaan .



Thursday 17 January 2013

Hantaranku Untukmu


Melah : Wahh bestnya kawen . Nanti aku kawen na buat ala-ala dalam taman lahh .
Timah : Aku na buat ala-ala dalam istana .
Jemah : Aku pulak na buat ala-ala arabic .
Limah : Hahhh aku na ala-ala hindustan hahaa
Bedah : Aku na buat ala-ala ala kadar je .
Others : Heh ?!

Assalamualaikum fellas .
Tajuk na gempak je padahal tade pape pun hahahaa

Di kala agak ta sehat ni still na publish yang da di-draft ni . Saja suka suki , maybe for a while tade entry so hahahaa

Heh ?! Oke terikut juga ngan macekmacek atas ni . Apa ni pasal kawen ni ? Ouhh please lahh lambat lagi oke . Lambat ta lambat saja suka suki hati na buat entry sal kawen *moemoemoe*

Oke let the picture speaks .


Oke sentap lahh ann baca quote kat gamba ni . Truthly I'm not a type of woman that deserve that RM10000 as a hantaran for my wedding . Hantaran sangat berbeza dengan mahar . Mahar adalah hadiah yang diberi kepada oleh suami kepada isteri and dilafazkan semasa akad nikah . Mahar could be anything , duit ke , persalinan ke , Al-Quran ke , rantai ke . Depend pada persetujuan dua-dua belah pihak and it is also da ditetapkan ekot negeri masing-masing . Siap ada untuk anak dara , janda , mak dara semua ada lahh .

RM10000 seriously a big money to me . Kerja berapa tahun tu baru dapat simpan RM10000 , with own effort . Bukan effort pegi minta pinjam dekat bank . Memang lahh effort tapi effort juga lahh na membayor balek sekali dengan interest bagai . Pheww ! Me angkat kening memikirkan and imagine how many years na kumpul RM10000 . Unless lahh kerja gaji pun ribu riban , bagi kat mak ayah sebulan RM1000 . Wa ta heran lahh lu senang na kumpul .

Lagi-lagi bab hantaran ni kann , perghh sapa tamo kawen . Majlis grand-grand . Ala-ala dalam taman lahh dalam air lahh dalam gua lahh . Siapa tamo ?! Habaq mai kat ceq . Semua na oke , kawen sekali seumur hidup . First time pula tu kawen , mestilah na memorable gitu . Jadi buah mulut orang yang datang . Kembang setaman seyhh kena puji bagai *jangan riak suda*

Tapi itulah masalah masyarakat laa ni ceq na habaq . Bukan apa , ta kesa lahh na hantaran beribu-ribu kalau betol tu dari simpanan sendiri tapi kalau semua da habes dekat majlis kawen , how bout the future ? Tu kalau yang simpan , ni kalau yang meminjam bagai ni , botak pale na bayar . Banyak lagi hutang ni , ptptn , kereta , moto , ruma , insurans , perghh banyak .

Yang perempuan ni minta je , minta lahh bebanyak . Kalau dapat anak dato' tape lahh . Ni kalau yang memang level-level sederhana ni , ta kawen lahh ekau . Yang lelaki pun , ta ke pening pale na kumpul duit , ikat perot , tangguh-tangguh kawen selagi ta cukup RM10000 tu . So , dua-dua pihak kena saling consider . Even belum kawen *hehhehh* tapi serious talk , kesian sampai macam tu sekali .

Another isu pula , bila minta hantaran ta sampai RM10000 . Haih , orang bercakap kita na tutup mulut diorang pun susa . Masyarakat yang suka serkap jarang , mesti cakap "sikitnya" "ni mesti ada pape ni" and banyak lahh lagi . Hantaran banyak pun susa , hantaran sikit pu susa . Achanor ? Bukan lahh na mengutuk atau mengata tapi please be open minded . Ta kesa lahh hantaran banyak ke sikit ke , dua-dua ni kena open minded . Orang yang na kawen pun ta jadi kawen .

Haa from the picture pula , ni yang agak sentap ni . Serious talk , memang ta deserve pun RM10000 sebab ciri-ciri tu memang menunjukkan betapa mahalnya seorang perempuan tu . Bukan setakat cukup tutup aurat sedap mata memandang , tapi akhlak terpelihara , saling membimbing ke jalan Ilahi . Allahu Rabbi , I pray to be that kind of woman , that kind of wife . Aamiin . So , siapa na hantaran RM10000 , sila penuhi kriteria ni . Hee ~

Cermin diri , tanya iimaan , are we realy deserve thing we don't deserve to ? Ta kesa lahh perempuan ke lelaki ke , saling tanya iimaan . Kalau tanya nafsu , nafsu bukan kesa pun . Janji kawen suda lahh .

Perkahwinan bukan sekadar di dunia , tapi membawa ke Syurga yang abadi . Membina Baitul Muslim yang terus menegakkan agama Ilahi . InshaaALLAH (:

Wednesday 16 January 2013

Be ownself or not to be ?

Bedah : Eyhh dia ni , diri aku , suka hati aku lahh !
Jemah : Hamboii Bedah , marah betol .

Senah : Kau da kenapa Bedah ? Kenapa ?
Bedah : Aku bengang betol dengan dia tu , dia bla ..  bla .. bla ..

Peah : Alahai tu je ke ? Kau ni Bedah , cepat nor melatahnya .
Eton : Bedah , Bedah , macam-macam kau ni . Kau slow talk lahh dengan dia .
Bedah : Ahhh bia lahh , aku na bincang dia buat dono je . Its hurting me .
Joyah : Just be yourselves je lahh Bedah .

Bedah : I am , but ta semua bole terima diri kita seadanya .
Other : Hemmmmmmm


Assalamu'alaikum fellas .
Oraenmaniya mot bon sai geudaen eolkuri chowa boyeo . Okeoke , memang tak paham ann ?
Translating : Its been a while people ! Nampak sangat tade kena mengena mengarut atas tu , abaikan . Tu lirik lagu je haha


Well sekarang tengah membongkang kat ruma baru habes final third sem *suda third sem!!!* so got nothing to do and suddenly miss my blog . Ohh alkisah haha

And as usual that conversation never ends *hopefully hahaa*

Oke , now get serious . We can't always pleased others and we can't always be our own self .
Just be the one that can pleased ALLAH first then pleased others . Baru post status kat fb tadi , hikhik . Hari ini ana kan membahaskan *lahh sangat* sal status ni . Pheww , how am I going to start ?

People always say , " Hey , just be yourself ! " "Jadi diri sendiri suda" and something like that . I keep thinking that ta semestinya kita bole jadi diri kita sendiri . Kalau apa yang kita na pada diri kita tu bercanggah dengan ajaran Al-Quran and As-Sunnah , achanor tu ? It keep on bothering me , seriously.

Banyak juga lahh baca kat fb , twitter , yang people said susa na menyenangkan hati orang lain dengan attitude kita . Hey , diri aku so suka hati aku lahh . Oke foine ! Then kalau macam tu , pegi dok dalam gua sorang-sorang kalau rasa macam tu . Amboi ganas Cik Bori . Bukan ganas tapi that's the truth . Kalau na sendiri-sendiri , ta suka orang sebok pasal kita , pegi dok gua tu . Ta sapa na heran da . Lantak ekau lahh na buek apo pun .

Tapi , ecehh ada tapi , other things yang susa ialah kita terpaksa berpura-pura dari jadi diri kita sendiri sebab na menyenangkan hati orang lain . Me typing this pun jadi scary . Kenapa ? Waegeurae ? Sebabnya , bila that person yang na di-pleased-kan tu know the truth , yang selama ni just berpura-pura bermuka-muka sebab na jaga hati dia , lagi macam menyakit mengguris sanubari hatiku yang mendalam . I guess . That's my opinion .

So , macam mana sekarang ni ? Jadi diri sendiri pun macam so-so , ta jadi diri sendiri pulak sos .

So , my conclusion is , be a person that can pleased ALLAH first then others . Kita hidup lillahi ta'ala . Even dalam family pun kita payah na menyenangkan hati family kita and terpaksa berpura-pura , sebab na jaga hati family kita . Ye lahh family ann , they know better . Yang bukan family , bukan darah daging ni yang agak payah . Kalau attitude kita tu kita yakin akan pleased ALLAH , ALLAH redha , inshaaALLAH ana sure pasti yakin 200% *wuuuu* yang kita dapat pleased orang lain juga .

Bukan senang dan ta susa pun na buat . Its all depend on ourselves . This matter also kind of mujahadah . Mujahadah hidup kita di dunia ni , kita ta bole na hidup without others . Kalau ada , wa salute lu beb . Kita sentiasa ada ALLAH , and ALLAH kurniakan orang-orang disekeliling kita untuk kita bina ukhwah menuju ke dunia yang abadi .

Well , da melalut banyak pun , me still think bout it . Always think . Hemm which one is the best ? Me just don't know either . But ALLAH Maha Mengetahui . We just pray and put effort for it . May ALLAH ease it . Aamiin .




Yang ni cooomeeelllllll ^^


#Habluminallah wa habluminnas .
And so and so *siapa kenal ayat ni angkat kaki! oke turun kaki hahahaa*