Sunday 7 September 2014

Two Months



Assalamualaikum .

Hey you alls , lama i olls tak merepek meraban dalam blog ni . Almost perghh two months . Kena pula dengan title entry hahaa


Alhamdulillah , dah dua bulan bergelar guru pelatih di SMK Bukit Katil , Melaka . Alhamdulillah , dah dua bulan dipanggil Cikgu Intan . Tade lagi yang panggil Cikgu Bori sebab tidakku sebarkan nickname kpop tu hahaa gilos kau pakai tudung labuh macam ustajah tapi ada nickname kpop . Spoiled hahaa

Walau bagaimanapun , permulaan latihan mengajar tidak seindah yang dibayang . Hari first diuji dengan berita sedih kehilangan adik baby yang dinanti-nanti . Ada dah full story pada entry before ni . Bila diuji sebegitu dari awal lagi , memang menggagahkan mental dan fizikal menghadapi pelbagai ujian lagi-lagi kerenah murid . Biasalah bebudak , kita dekat sekolah dulu pun nakal juga hahaa

Memang kalau ditanya memori latihan mengajar setakat ni , dari awal dah diuji sebegitu . Tapi apalah sangat ujian ni kalau nak dibanding dengan orang lain . ALLAH baru uji sikit , jangan bagi lembik ! Alhamdulillah , everything happened memang ada hikmahnya .

Saja dicoretkan malam ni , dok scroll timeline , begenang jap air mata rindu kat arwah baby fiya . Tu je motip sebenarnya kihkihkih

Still have two months to go . Syllabus tak habis lagi ni , ottokae ?!

Rabbi yassir wala tuassir . I love the school , the teachers , and mostly the students . May ALLAH protect them .

14072014 - Intan Syafiya binti Anuar
14072014 - Latihan Mengajar SMK Bukit Katil Melaka

xoxo ,

Cikgu Bori , ehh bukan . Cikgu Intan Gemilang Terbilang Pertiwi Merdeka Lahirnya sebuah cinta hahahaa

*Alhamdulillah 22 years old . Nak kahwin !!! Duit takdak !!!!!!!!!!!! kbhai !

Saturday 19 July 2014

Takdir ALLAH



Assalamualaikum .

Alhamdulillah , semua umat Islam sedang memasuki 10 Ramadhan yang terakhir . Moga kita semua perbanyak dan tingkatkan ibadah di 10 Ramadhan terakhir ini.

Guess that this Ramadhan will never be the same as before . Kalau dulu sibuk buat kuih raya , mak pula sibuk menjahit baju raya . But it will never be the same this year .

Pagi ahad lepas , 13 Julai 2014 , mak diarahkan untuk masuk wad , prepare untuk bersalin sebab mak ada darah tinggi . Memang pagi tu dah berdebar risau juga , message mak tapi mak tak reply . Kita ni pula internet tak hidup dekat hp , mak ada whatsapp bagitau dah masuk wad .

Lepas tu , tengah hari nak dekat zohor mak reply message . I just wanna know that mak dah masuk wad je tapi terima perkhabaran yang sedih sangat . Maybe masuk je wad tu doktor check mak head to toes , but bila check perut , adik baby dalam perut dah tak begerak . Adik baby meninggal dalam perut . Puncanya sampai sekarang tak tanya dekat mak sebab tak nak mak sedih .

Memang sedih lahh , terus whatsapp Ira (adik perempuan) bagitau yang adik baby dah takde meninggal dalam perut . Dalam pada tu memang doa sangat takde pape , tapi kami semua kena redha terima kenyataan adik baby dah takde . Along dia teriaq tak habis . Kalau Along pun dah teriaq gitu , mak ayah mesti lagi sedih .

Malam tu dalam 11.45 pm ayah call tanya mak ada whatsapp tak . Kata lahh ada . Lepas tu suara ayah tetiba sebak . Ayah tanya tau tak baby dah takde . Kita ni terus teriaq tak boleh nak teruskan bercakap , lepas tu gagahkan juga dengan suara itik sebab menangis tu kata tau . Ayah tanya nak balik rumah atau tak . Mengenangkan balik rumah tu lagi kuat nak teriaq sebab esoknya baru nak start latihan mengajar . Mak pun tak bersalin lagi so tak boleh nak buat keputusan macam mana .

Malam tu tidur lahh dalam kesayuan dan kesedihan . Sedih sebab tak dapat merasa adik baru and sedih mengenangkan mak ayah yang lama menanti cahaya mata baru .

Esoknya 14 Julai 2014 start latihan mengajar dekat SMK Bukit Katil . Terpaksa tabahkan diri tahan nangis pagi tu walaupun bangun tidur masuk bilik air terus nangis . Nasib baik lahh pakai cermin mata so bengkak mata tak nampak sangat pun . Pagi tu whatsapp mak bagitau nak start mengajar dah . Bagitau juga ayah tanya nak balik atau tak . Mak pun kata takpe lahh , mak oke je . So last2 memang tak balik lahh decisionnya .

Malam tu , jam 8 lebih , mak selamat bersalin normal dengan bantuan ubat . Baby girl . Mak kata comel orangnya . Ayah pun ada call jam 9 lebih bagitau mak dah bersalin baby girl , semua dah selamat dah . Tinggal nak buat ujian , mandi then kafankan . Ayah tanya nak bagi nama apa , so lepas tu whatsapp ayah bagitau nak bagi nama Intan Syafiya . Ejaan lain sikit tapi Syafiyyah nama isteri Rasulullah , so decided nak bagi nama tu dekat arwah adik baby .

Lepas tu whatsapp dengan Ira lagi tanya pergi hospital tengok mak atau tak ? Ayah , Ira , Syila and Syaril (adik juga) pergi hospital malam tu tengok arwah adik baby . Syarul and adik Syamil (2nd bongsu and adik bongsu sekarang ni) tinggal dekat rumah dengan nenek and mak su . Disebabkan Along dia tak balik rumah sebab Melaka 15 Julai takde cuti Nuzul Quran , minta lah gambar arwah adik baby pada Ira . MashaaALLAH , comel sangat ahli syurga sorang ni . Betul kata mak , arwah adik baby comel . Teriaq lagi Along dia malam tu .

Tambah teriaq bila Ira whatsapp bagitau adik Syamil nangis . Kesian adik sebab dia paling excited bila part nak bagi nama untuk arwah adik baby . Dia paling suka nak bagi nama Syazwan , Along dia nak nama Syabil , Ira nak nama Syah Umairah tapi Syafiya tu pun Ira yang bagi juga . Bila ingat balik time kitorang dok gaduh-gaduh manja nak bagi nama untuk arwah adik baby , memang tambah sedih lahh . Mak senyum je masa time tu .

Esoknya 15 Julai 2014 , pagi dalam jam 8 lebih arwah baby fiya selamat dikebumikan berdekatan pusara arwah atok dekat Kg. Lindungan . Mak masih dekat wad pagi tu , petang tu mak dah keluar wad . Mak dapat tengok sekali je arwah baby fiya , tu pun sedar tak sedar sebab habis tenaga meneran . Malam tu mak minta nak tengok gambar arwah baby fiya . Nurse kot dah bagitau Ira masa ambil gambar nak bagi pada Along dia ni , jangan tunjuk gambar tu pada mak . Ye lahh Along dia tengok banyak kali pun teriaq , ape tah lagi mak .

Alhamdulillah , walaupun dah beberapa hari berlalu , kami semua redha . Seorang ahli keluarga kami dah gembira bermain di syurga . Tak sabar nak sambut mak ayah di syurga nanti . Gembiralah baby fiya di sana sayang , sambut mak ayah di syurga nanti .

Hanya doa yang mampu supaya mak ayah tabah . Bila dikenangkan mak berpantang sorang-sorang tanpa baby di sisi , memang sedih . Takpe mak , dua tiga tahun lagi inshaaALLAH ada rezeki Along bagi baby untuk mak . Tu pun kalau Along cepat kahwin hihiii


Al-fatihah .
140714 - Intan Syafiya binti Anuar
170714 - MH17
#PrayForGaza #PrayForUmmah

Message mak malam tahun baru 010114

130714

Saturday 24 May 2014

Khilaf


Bedah : Weyhh , cekelat tu haram . Jangan makan !
Peah : Alhamdulillah , dimulakan dengan selawat salam dan doa . Tapi , awat semua macam seksa ?
Joyah : Pembaziran , pembaziran . Padia padia panda semua ni ?
Melah : Marilah kita bertaubat , pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka sedagha sedaghi semua .
Timah : Aamiin .

Assalamualaikum .

Pfftt macam annoyed je conversation makcik-makcik kat atas ni tapi its kinda isu semasa right ? Don't deny , nehi nehi nehi hae .

Aku akui lahh aku bukan orang yang layak pun nak komen ke apa tapi sebagai kesedaran untuk diri sendiri .

Perghh siapa tak terkilan , non-muslim datang event covered aurah properly but the muslim itself macam banyak nor kain yang tak cukup .

Perghh siapa tak terkilan , syok beli cekelat dari dulu sampai laa ni , tapi sekarang sudah terang lagi bersuluh dah dinyatakan HARAM . Semua dok kecoh naa , share , update , post semua tanpa henti . Dah jadi darah daging , hanya taubat yang mampu dilakukan . Moga ALLAH terima taubat , dan kita bertaubat sebenar-benar taubat .

Perghh siapa tak terkilan , ribu riban juta jutan dibelanjakan untuk seekor makhluk ALLAH yang sangat comel , can't deny nobody not that excited to welcome it tetapi gejala maksiat jenayah meningkat . Jangan meningkat ribu riban jumlahnya sudah .

Jangan nak dok tunding jari pada orang lain , diri sendiri pun macam tu .

Sanggup belanja untuk benda yang tidak berfaedah , sanggup guna masa yang selalu dikatakan tak cukup untuk tonton drama korea sampai nangis-nangis . Sanggup tu , sanggup .

Hari-hari memang muhasabah diri , tapi selalu mencari alasan sendiri supaya boleh kata " Ala , takpe lahh . Boleh tu buat . takde hal lahh tu" tapi dalam hati dok dilema "ALLAH redha ke tidak ni ? Aku ni nak kejar redha ALLAH tapi macam dah kejar duniawi ni. Ajal maut mana tahu lagi , esok lusa pun boleh mati" then start doing the things yang dok dilema tadi dengan berkata "takde hal lahh"

It just , I pray myself lepas ni kuat meninggalkan : Cadbury , melagha melayan drama korea berjam-jam , berjoget bersuka ria melayan lagu korea sambil cuba menghafalnya tetapi desire nak hafal ayat al-Quran bergunung tinggi , effortnya takde. I pray myself sooo hard so that I'll spend my time wisely with doing useful things .

Tipu lahh bile dalam hati dah rasa ALLAH tak redha ni dengan apa aku buat tapi then cari dalil fatwa nasihat hadis semua , lepas tu jumpa yang macam "eh takpe , dia buat so aku boleh lahh buat" part was-was ALLAh tak redha tadi tu lupa dah . Niat tak menghalalkan cara . Air arak walau dicampur dengan sirap tetap haram . Nak dikiaskannya tu lahh , manusia sentiasa mencari asbab untuk menghalalkan caranya bila dia sendiri dah rasa ALLAH tidak redha dengan apa dia buat . Ada unsur syubhah dekat situ . Tapi still , masih chillax goyang kaki makan koci mengadap lappy dengan senang hati walau dalam hati masih bermuhasabah diri , alhamdulillah masih ada iman di hati .

Everything we do lillahi ta'ala . Based on Muhammad Anas al-Zarqa (1992) dalam model penggunaan Islam , if there's no niat in the thing we do , so there's no pahala . If we're niat doing it in good purpose with good niat , we'll gain pahala . But if we're doing it with good niat but harmful to others , we'll be in sin . Boleh lahh google sendiri model penggunaan Islam Anas Zarqa ni .

Seek forgiveness from Him . We're always in khilaf . May ALLAH give the opportunity for us to repent from all the maksiat we do , we say , we see , we eat and we wear .

Lailahailla anta , subhanaka inni , kuntumminaz dzalimin .

Source : Aliza Kim's fb via Sayings of the Scholar's fb

Saturday 17 May 2014

Thoughtful Saturday : Kemerepekan Apakah Ini Suka Hati


Assalamualaikum .

Ya ALLAH , lamanya tak menaip even an entry in this blog . Al maklum , bukan blogger tegar .

Semester 6 , nak kata busy , entah lahh . Rasa macam banyak je buang masa , jenis tak reti manage masa , sadis bila memang dah sedar dari awal tapi tak reti-reti nak berubah . Walaupun sebenarnya hati sangat melonjak-lonjak nak menaip , tapi selalu terbantut dek assignment , proposal dan kajian tindakan yang ... hemm tak tahu nak kata apa . Tepuk dada , sedar sendiri lagi lepas tu sadis sendiri .

Saja baca entry dulu-dulu . Perghh , macam malu pun ada sebab tak habis-habis bab kahwin . Lepas tu ada lahh kot islamik sikit . Sekarang ni , aku rasa sedih lahh dengan diri sendiri sebabnya tak tahu masa diluangkan buat apa . Banyak tidur dari beribadah *hentak kepala kat bantal*

Aku merindui diri aku yang dulu , rajin juga lahh kot nak baca buku islamik , ada beli tapi entah bila nak dibaca pun tak tahu .

Aku merindui diri aku yang dulu , rajin juga lahh kot mengaji . Dalam satu sem tu dapat juga khatam sekali . Ni dah rasa lama dah ni tak khatam al-Quran .

Aku merindui diri aku yang dulu , macam pfftt berkobar-kobar lahh juga berusaha perbaiki diri bila difikirkan ajal yang tidak tahu bila dan eheemm bab kahwin ni .

Aigoo ~~ Aku just rindu .

Moganya dicampakkan kembali semangat aku suatu tika dahulu yang semangat beribadah , perbaiki diri sendiri , muhasabah diri sendiri .

And , I need all the support from the others . Paling penting dari Yang Maha Kuasa .

Moga aku terus kuat , inshaaALLAH .

Friday 14 March 2014

Air Ukhwah 3


Assalamualaikum .

Alhamdulillah dah semester 6 dah tahun ni . Walaupun result semester lepas macam tu je tapi semoga tidak mematahkan semangat untuk belajar sem ni .

Early of semester 6 kinda dimulakan dengan must-do-activity of AT14 ISMP Matematik .

Kemain kau semangat plan dari semester lepas and the sudden agree tu memang menjadikan sesuatu aktiviti kitorang menjadi .

Jam 3.30 pagi *plus minus*  bertarikh 1 Mac 2014 kami semua , seramai 16 orang , 5 lelaki 11 perempuan bertolak dari bumi tanjung malim menuju ke Rembau Most Wanted Yaww , Nogori Sombilan , menaiki 4 buah kereta . Alhamdulillah usai subuh kami sampai ke Ghombau and solat subuh sebelum bertolak ke kaki Gunung Datuk untuk ditawan *gittew*

About 7.45 am cenggitu after stretching cari parking bagai sebab quite ramai orang daki gunung tu , kami 14 orang ditemani 2 orang abang Ain maka kami gigih tabah berseghah kepada ALLAH daki gunung setinggi 800++ meter or 2900 kaki tu . Memang ketaq kaki wa habaq sama lu beb , belum setengah jalan pun memang dah give up dah , memang kata nak turun dah , tapi with support dari kawan-kawan semua , ku gagahi gunung didaki .

Sangat-sangat berterima kasih kat Ain walau dari atas dok kata "Chaiyok Cik Bori!!" , Fawa tanpa jemu menghulur tangan bantu budak tak cukup organ ni mendaki , Nabil yang setia menggalas beg sampai ke atas walau tahu memang berat , Erma and Ifah yang walau terkadang hilang dipandangan , tapi setia ada dihadapan , and mostly bapak kami , Talib yang tanpa jemu menemani anaknya ni walau memang lambat sangat mendaki . Tak lupa pada abang Ain yang baju hijau *tak tahu nama hahahaa* yang walaupun memang nak cepat sampai atas tapi tanpa jemu berkata " Takpe , slow-slow tapi terus mendaki" , and also the others yang yeksaited hebak daebak gila sampai puncak lelaju macam naik escalator .

Dalam 2 jam cenggitu dengan kelajuan diri sendiri membawa diri sehelai sepinggang , alhamdulillah selamat mendaki hingga ke puncak . Sepanjang nak naik tu memang dah berair mata , memang rasa nak nangis sebab nak sangat sampai puncak , and rasa bersalah pada yang menunggu kita sampai akhirnya berjaya mendaki sampai ke puncak . Never imagine sebab memang dah kata nak naik sampai mampu je heee

Sampai ke puncak senyum dia sampai ke telinga , kengkonon rasa nak nangis memang tak nangis dah . Subhanallah pemandangan sangat menakjubkan , ciptaan ALLAH Yang Maha Kuasa , sangat cantik . Dengan angin kencang tapi sejuk and mendamaikan . Hilang segala penat perih sedih masa mendaki , just like that hilangnya .

Muka semua yang macam nak pitam lahh apa lahh masa mendaki memang terus hilang , seronok tengok kawan-kawan semua happy and bersyukur dah sampai puncak . Eden ni jungle tracking pun tak pernah join sebab tak cukup organ , tapi kali ni berkat izin ALLAH , sokongan kawan-kawan dan usaha apa ada , sampai juga ke puncak . Lepas ni bolehlah pergi Bukit Broga , macam ada orang nak bawa je hahaa

Then dalam nak dekat sejam kat puncak , kitorang turun balik . Seronok memang seronok tapi kat situ kurang safety . Memang izin ALLAH lahh tu selamat mendaki and selamat turun .

Alang-alang dah penat , petang tu memenatkan diri lagi pergi Wetworld Pedas pula . Sebenarnya dah pernah pergi dengan aunt cuma tak ingat tempat , so biasa je lahh . Bayar pun RM12 so just santai-santai main air macam tu je . Nak fefeeling extreme main air pergi A Famosa ke , Sunway Lagoon ke , Lost World of Tambun ke hahaa Kitorang pergi sungai pun memang yeksaited apetah lagi pergi Wetworld hahaa

Then malam tu semua membongkang tidur sebab masing-masing sakit kaki sakit badan semua , dah daki bukit main air lagi . Memang hari penat sedunia kata ko .

Esoknya , konon janji jam9 tapi 9 lebih juga baru gerak , biasa lahh perempuan , bersiap pun lama , toilet satu tapi nak kongsi 11 orang , kemas-kemas homestay makanya lambat lahh juga *maap ye namja-namja 5 orang kat hotel tu hahaa* So kami semua bertolak pula ke destinasi terakhir kami ke Zoo Negara .

Jangan diingat semua yang memang dah layak jadi mak bapak orang tak yeksaited nak pergi Zoo . Gilos yeksaited tapi penat lahh sebab dah penat semalamnya , terus berjalan pusing Zoo tengok macam-macam makhluk ciptaan ALLAH . Dari sekecik-kecik katak sampai sebesar-besar gajah hahaa Paling yeksaited mestilah jumpa girin hahaa Then before balik tengok animal show , comel gila anjing laut , lepas tu dengan ada bear cat , bela sekor best ni hahaa

So the things is memang aktiviti tu best , most important is ukhwah antara kitorang . Tak dinafikan walau dah 5 semester bersama , tipulah kalau takde yang terasa tersentap tacing . Jauh disudut hati mesti ada , tapi mengenangkan ukhwah itu manis dengan redha ALLAH , semua tu hilang macam tu je . Ukhwah fillah .

Mungkin dari pihak diri ni sendiri ada salah silap , banyak menyusahkan , mungkin adakala termengambil kesempatan tapi mohon moga dihalalkan . Semuanya akan dibalas dengan redha dan rahmat ALLAH .

Tak kira berapa banyak Air Ukhwah pun , setiap hari bersama masih tetap dengan ukhwah yang dibina .

Oke enjoy the pictures , moga ALLAH redha .





Baru warm up je ni .

Daki terus mendaki . Muka eden dah putih pucat lesu pegang pinggang tanda tak larat .
Yang lain kurang gambar masa daki sebab naik cepat macam naik escalator .

Oke foine ! Ni nak mendaki ke bergambo ni hahaa Eden tak larat nak bergambau dah hahaa

Alhamdulillah dah sampai dengan selamat . Everyone with their own way hahaa
AT14 ISMP Matematik berjaya menawan Gunung Dato
The view
Ni tapak kaki sapa tah , katanya Hang Tuah . Wallahualam , tak tahu heee
Betapa aku tergapai-gapai nak pegang kuda kpop ni hahaa
Rusa comel yang tah berapa tangan dah pegang dia hahaa

Motip sebenar pergi zoo . Tak dapat jumpa gwangsoo , girin pun boleh . Fell Chok Cross !
Saranghae hahahaa

#Lain-lain gambau untuk simpanan kami semua . Cukup lahh tu hahaa . Kbhai !


Tuesday 4 February 2014

010214 : Hijab Event 2014 @ TTT (Part I)


Assalamualaikum .

Alhamdulillah , terima kasih ALLAH untuk nikmat hidup hingga hari ini . Sesungguhnya , banyak masa aku yang disia-siakan tetapi Kau tetap memberi nikmat dan peluang ini untuk aku , hamba yang hina ini ya ALLAH .

Alhamdulillah , diberi kesempatan untuk update blog .

Alhamdulillah , 1 Feb 2014 hari sabtu lepas diberi kesempatan untuk join program Hijab Event 2014 di Taman Tasik Titiwangsa , KL , yang dianjurkan oleh MIZAN ( Muslimah Interest Zone and Networking Assosiation Kuala Lumpur) .

Credit to MIZAN's fb


Alhamdulillah , thanks Kak Erna , my beloved sister to accompany and drive me there . Lama betul tak spend time together since school .

That event started at 8.30 am macam tu , but kitorang dari jam 7 dah gerak . Even though susah sikit nak cari tapi Waze kan hado hahaa but seriously , park jauh gila dari tempat event . Nasib lahh ada akak ni pun mencari so takde lahh kitorang berdua je . Imagine lahh pakai jubah tudung labuh then pergi Taman Tasik Titiwangsa tempat orang jog riadah apa semua tu . Tak ke malu gilos ? hahaa But then ada juga khemah pengantin dekat situ tapi awkward lahh pepagi buta datang taman dress gitu hahaa

Alhamdulillah , arrived a little bit early than others so dapat goodies . Dalam tu ada majalah JOM , button badge , ada magnet apa tah tapi boleh buat lekat kat peti ais , notebook , 2 posters , a bottle of mineral water , a cupcake , a gardenia bread , some flyers and an Idaman Hand Sanitizer .

The goodies : A bag , 2 posters , majalah JOM and flyers terselit dalam majalah heee

The goodies : hand sanitizer , button badge , a notebook and tu yang magnet boleh buat lekat kat peti ais hahaa

So the first forum is Hijab Empowerment : Cover Your Awrah Cover Your Qalb conducted by Madam Wardina Saffiyah and the panels are Miss Aliza Kim , Madam Fadila Grine and Dr. Mohd Naim Mokhtar .

Miss Aliza Kim ni once a model and actress tak silap . Alhamdulillah , dari cerita beliau , she want to find the truth of life and alhamdulillah , ALLAH bagi hidayah pada beliau untuk memeluk Islam even though banyak dugaan and cabaran . Semua orang diuji . Her father is a priest but alhamdulillah , who knows that he easily said that agama tidak boleh dipaksa dan terima yang anaknya dah memeluk Islam .

Yang menarik tentang Aliza Kim ni , she loves to read and seek knowledge . She accounted a problem and seek how to solve it . At first , she cari dari bible tapi setiap church menurut beliau , ada ideologi yang berbeza so sampai ke sudah beliau tak dapat answer untuk solve problem tu . At the end , she joined an islamic class . Mula-mula beliau suka dekat cikgu yang mengajar dan akhlak kawan-kawan yang bantu beliau , then she learn about Islam and easily accepted it . She never had a negative or positive thought about Islam .

Some point daripada Dr Fadila Grine yang ana dapat ialah :
  • hijab datang dengan haya' (malu) dan akhlak
  • semua yang kita buat berdasar pada niat , dalam berhijab pun sama
  • Allah tak pandang pada fizikal tapi pada hati , iman , usaha dan amal

Kalau nak ditanya apa itu hijab , menurut Dr Fadila Grine , hijab dipakai berdasarkan keparcayaan kepada Allah . Bagaimana dengan hijab yang kita pakai ? Adakah hijab yang dipakai tu hijab yang ALLAH suka ?Yang direstui Rasulullah saw ? Is it a hijab to attract or possessed ? Is it a hijab to declare faith or to look proud ? Tepuk dada tanya iman , semuanya bergantung pada niat kita .

Ohh Dr Fadila Grine tak guna term Hijabis tapi Muhajabas which means a person who wear hijab and want to wear hijab .

Lastly , some point daripada Dr Mohd Naim Mokhtar are :

  • pentingnya ilmu .
  • wanita ada hak which dalam marriage kalau seorang wanita tu dizalimi , dia boleh menuntut fasakh .
Walaupun Dr Mohd Naim Mokhtar banyak sentuh pasal perundangan tapi main point yang nak diketengahkan ialah pentingnya kita mencari ilmu . Seriously jeles dengan Miss Aliza Kim sebab rajin membaca . Eden ni haa memang liat kalau bab membaca ni , sebab tu ambil course Maths hahaa

So stay tune untuk Part II sebab macam dah agak panjang and kalau diri sendiri pun liat nak baca panjang-panjang .

Berhijab to please ALLAH and wear proper hijab to cover our awrah .

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. / (An-Nur : 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab : 59)



Kak Wardina Saffiyah seriously tinggi and subhanallah cantik . Same goes to Aliza Kim and Dr Fadila Grine

Friday 24 January 2014

Blessful Friday : Santapan Mata Santapan Rohani




Assalamualaikum .

Hari ni just a quick review from hamba ALLAH yang tak layak pun nak review apa-apa heee

Credit to google

Baru tengok Ustaz Mu Tunggu Aku Datang *noobs* and sangat suka bergenang air mata tahan ketawa and tersentuh dengan jalan ceritanya . Imagine lahh , just because to meet an ulamak , banyak nor halangan dan rintangan yang dihadapi Muiz and Dadu sampai dua kali masuk lokap . Tu baru nak jumpa ulamak , ni na jumpa ALLAH di syurga yang kekal abadi nanti , takkan tade halangan dan ujian . So this movie really thought of being cekal and tabah hadapi rintangan dan ujian daripada ALLAH .

This movie also thought about keluar berjemaah . Not many young people know bout this . Maybe yang dorang tau istilah tabligh je tapi sebenarnya banyak manfaat bila keluar berjemaah tak kira 3 hari atau 40 hari . Me myself pun tau pasal keluar jemaah ni pun not long ago . Seriously , muslimin sangat beruntung kalau dapat join keluar berjemaah ni .

Tapi paling macam terharu gila part jumpa depan-depan dengan UAI , kawan kita ada juga dapat jumpa kebetulan dengan UAI ni , and me myself alhamdulillah pernah attended satu ceramah beliau dekat masjid berdekatan dengan rumah last 2 years kot .

The point is , tak kira lahh UAI atau mana-mana ustaz pun , selagi ilmu yang mereka sampaikan tu sahih , ambil dan guna pakai dunia akhirat .

Credit to google


Another review is about drama Aku Ada Wali . Taken from novel tajuk Aku Ada Wali juga karya Ustazah feveret kita , Ustazah Fatimah Syarha . Walaupun baru 2 episod tayang dekat tv , tapi kesannya mendalam sangat . Sangat sesuai tontonan umum lagi-lagi anak remaja yang banyak melagha dengan cinta manusia yang tidak halal baginya . Wallahi , kalau lagi banyak drama macam ni dekat tv , anak muda akan tahu betapa sia-sianya couple before nikah . Me myself regret it . Bukan paparkan pasal ikhtilat semata , tapi drama ni pun memang banyak paparkan nilai-nilai baik yang memang perlu dijadikan contoh teladan semua orang tak kira kecik besar .

Masa 1st episod , tengok dengan ayah tapi macam segan-segan sebenarnya . Tak tahu lahh segan kenapa tapi memang segan . Sepatutnya memang tontonan seisi keluarga pun sebab banyak pengisian . So next episod kita tengok lagi seisi keluarga . Tu lahh , drama cenggini segan pula nak tengok dengan ayah , Arianna Rose tu tak segan pula . Tapi memang segan kot , pegang-pegang . Just ask my adik how I reacted bila macam tersweet-sweet gitu . Macam nak makan kaki je . Geli-geleman doe . Tapi tengok juga =..="

So , I just hope that more and more drama and movie islamik cenggini akan ada dekat tv . Menunjukkan kita negara Islam . Islam tak larang berhibur tapi biar pada batas dan syariatnya ^_^

Friday 17 January 2014

My Dream Walimah


Assalamualaikum .

Its really have been a long time since last entry .
Nak kata sibuk takde sibuk pun , nak kata malas memang malas pun . Cenggitu .
Its all depends on niat sebenarnya , tajdid niat dihati selalu motip sebenar buat blog , tapi jarang update . See , not a blogger tegar disitu .

Oke enough with intro , just a suka suki update blog since cuti ni memang takde apa buat dekat rumah and lately suka stalking video kawen orang hahaa

So this is it , dream walimah .

Siapa yang taknak wedding dia ala-ala wedding of the year , ala-ala Cik Ta *lahh sgt*

So its all depend on the individual actually . Ada duit lebih boleh buat meriah-meriah . Ada sponsor banyak boleh buat grand livina camtu =..=

I've once menyatakan hasrat dihati about wedding bagai ni kat mak , and mak said mak nak lahh buat grand camtu . I was like , amboi mak ni , pokai lahh bakal zauj kita tu nak grand livina bagai .

And I am still thinking how to put a walimah , simple but meriah and diberkati ALLAH , inshaaALLAH .

This just my opinion , aku punya blog , suka hati lahh aku nak walimah macam mana hahaa

First , just one day kenduri . Pagi nikah terus reception .
Tak payah nak tukar-tukar baju , pakai sehelai cukup . Ada dua helai baju nikah dah reserved dekat aunt and sehelai jubah putih , from aunt juga hahaa but still nak yang baru kot . Kahkahkahh . Yang reserved tu buat pakai untuk post-wedding photo lahh hahaa

Second , ehh jap nak nikah jumaat lahh beb . So pagi nikah , tengah hari tu orang pegi solat jumaat and balik solat jumaat terus reception . I pray sooo hard that Selangor pun cuti Jumaat Sabtu like Johor did .

Second betul-betulnya , tema arabic . Cewahh . Nak pakai jubah hitam pun no hal for muslimah and jubah putih for muslimim . MashaaALLAH , sejuk mata memandang if its really happen .

Third , ohh meja makan kita buat memanjang then dua line . Not really berderet but memanjang lahh . Dua line so that kita asing lelaki perempuan . Should put a tag on meja makan nanti . Or maybe alas meja perempuan deep pink , lelaki turquoise . Nampak dah nak tema warna apa dekat situ .

Fourth , pelamin tak berapa nak pelamin just ambil gambar je with families and friends .
Motip : taknak bersanding tapi nak pelamin . Made sendirian berhad pun boleh , convenient and jimat .

Fifth , meja beradap buat makan dalam dulang boleh ? Ya ALLAH sopan gila kot dok bersimpuh makan dengan zauj and mak ayah suap-suap . Tomyam , timun mesti kena ada . Wa gilos tomyam .

Sixth , urmmm entah tak terfikir lagi . Nanti survey wedding orang kita buat list , kalau rajin .

Motip entry ni , saja menggatal bukan kerana dah nak kawen . Jauh sangat lagi nak sampai ke tahap kawen tu .

Masih banyak kekurangan diri , yang memang rasa aku ni tak layak lagi nak kawen ni . Belum cukup membanggakan mak ayah , belum banyak berjasa pada mak ayah , belum merasa bagi duit pada mak ayah . Even my 15 years old adik bagi rm50 from his not really first gaji pada ayah , siap belanja along dia domino's pizza sebab along dia bising nak domino .

So , yup I think it should be simple enough but inshaaALLAH , redha ALLAH tu yang dikejar dulu . Buat apa wedding grand pun tapi lepas wedding kena tanggung hutang , tanggung dosa . Nak menjawab apa dekat akhirat nanti .

Ohh my mistake , the first one should be diniatkan lillahi ta'ala . Itu yang utama .

Ohh lagi , nak macam walimah Diana Amir !! Tak payah berdulang-dulang hantaran , berdulang-dulang tu memang wa bagi cake , cupcake , biskut , cekelat . Handbag , kasut bagai tak payah . Tak payah aku nak menggubah bagai hahahaa

Credit to the owner and fb Bercinta Selepas Nikah

Credit to the owner and google

Credit to google
Jangan pelamin wa jadi cenggini sudah hahahaa
Credit to fb Bercinta Selepas Nikah
Nak macam ni !!!!! Nasi kerabu !!!
Credit to fb
Diana Amir and husband :D