Saturday 19 July 2014

Takdir ALLAH



Assalamualaikum .

Alhamdulillah , semua umat Islam sedang memasuki 10 Ramadhan yang terakhir . Moga kita semua perbanyak dan tingkatkan ibadah di 10 Ramadhan terakhir ini.

Guess that this Ramadhan will never be the same as before . Kalau dulu sibuk buat kuih raya , mak pula sibuk menjahit baju raya . But it will never be the same this year .

Pagi ahad lepas , 13 Julai 2014 , mak diarahkan untuk masuk wad , prepare untuk bersalin sebab mak ada darah tinggi . Memang pagi tu dah berdebar risau juga , message mak tapi mak tak reply . Kita ni pula internet tak hidup dekat hp , mak ada whatsapp bagitau dah masuk wad .

Lepas tu , tengah hari nak dekat zohor mak reply message . I just wanna know that mak dah masuk wad je tapi terima perkhabaran yang sedih sangat . Maybe masuk je wad tu doktor check mak head to toes , but bila check perut , adik baby dalam perut dah tak begerak . Adik baby meninggal dalam perut . Puncanya sampai sekarang tak tanya dekat mak sebab tak nak mak sedih .

Memang sedih lahh , terus whatsapp Ira (adik perempuan) bagitau yang adik baby dah takde meninggal dalam perut . Dalam pada tu memang doa sangat takde pape , tapi kami semua kena redha terima kenyataan adik baby dah takde . Along dia teriaq tak habis . Kalau Along pun dah teriaq gitu , mak ayah mesti lagi sedih .

Malam tu dalam 11.45 pm ayah call tanya mak ada whatsapp tak . Kata lahh ada . Lepas tu suara ayah tetiba sebak . Ayah tanya tau tak baby dah takde . Kita ni terus teriaq tak boleh nak teruskan bercakap , lepas tu gagahkan juga dengan suara itik sebab menangis tu kata tau . Ayah tanya nak balik rumah atau tak . Mengenangkan balik rumah tu lagi kuat nak teriaq sebab esoknya baru nak start latihan mengajar . Mak pun tak bersalin lagi so tak boleh nak buat keputusan macam mana .

Malam tu tidur lahh dalam kesayuan dan kesedihan . Sedih sebab tak dapat merasa adik baru and sedih mengenangkan mak ayah yang lama menanti cahaya mata baru .

Esoknya 14 Julai 2014 start latihan mengajar dekat SMK Bukit Katil . Terpaksa tabahkan diri tahan nangis pagi tu walaupun bangun tidur masuk bilik air terus nangis . Nasib baik lahh pakai cermin mata so bengkak mata tak nampak sangat pun . Pagi tu whatsapp mak bagitau nak start mengajar dah . Bagitau juga ayah tanya nak balik atau tak . Mak pun kata takpe lahh , mak oke je . So last2 memang tak balik lahh decisionnya .

Malam tu , jam 8 lebih , mak selamat bersalin normal dengan bantuan ubat . Baby girl . Mak kata comel orangnya . Ayah pun ada call jam 9 lebih bagitau mak dah bersalin baby girl , semua dah selamat dah . Tinggal nak buat ujian , mandi then kafankan . Ayah tanya nak bagi nama apa , so lepas tu whatsapp ayah bagitau nak bagi nama Intan Syafiya . Ejaan lain sikit tapi Syafiyyah nama isteri Rasulullah , so decided nak bagi nama tu dekat arwah adik baby .

Lepas tu whatsapp dengan Ira lagi tanya pergi hospital tengok mak atau tak ? Ayah , Ira , Syila and Syaril (adik juga) pergi hospital malam tu tengok arwah adik baby . Syarul and adik Syamil (2nd bongsu and adik bongsu sekarang ni) tinggal dekat rumah dengan nenek and mak su . Disebabkan Along dia tak balik rumah sebab Melaka 15 Julai takde cuti Nuzul Quran , minta lah gambar arwah adik baby pada Ira . MashaaALLAH , comel sangat ahli syurga sorang ni . Betul kata mak , arwah adik baby comel . Teriaq lagi Along dia malam tu .

Tambah teriaq bila Ira whatsapp bagitau adik Syamil nangis . Kesian adik sebab dia paling excited bila part nak bagi nama untuk arwah adik baby . Dia paling suka nak bagi nama Syazwan , Along dia nak nama Syabil , Ira nak nama Syah Umairah tapi Syafiya tu pun Ira yang bagi juga . Bila ingat balik time kitorang dok gaduh-gaduh manja nak bagi nama untuk arwah adik baby , memang tambah sedih lahh . Mak senyum je masa time tu .

Esoknya 15 Julai 2014 , pagi dalam jam 8 lebih arwah baby fiya selamat dikebumikan berdekatan pusara arwah atok dekat Kg. Lindungan . Mak masih dekat wad pagi tu , petang tu mak dah keluar wad . Mak dapat tengok sekali je arwah baby fiya , tu pun sedar tak sedar sebab habis tenaga meneran . Malam tu mak minta nak tengok gambar arwah baby fiya . Nurse kot dah bagitau Ira masa ambil gambar nak bagi pada Along dia ni , jangan tunjuk gambar tu pada mak . Ye lahh Along dia tengok banyak kali pun teriaq , ape tah lagi mak .

Alhamdulillah , walaupun dah beberapa hari berlalu , kami semua redha . Seorang ahli keluarga kami dah gembira bermain di syurga . Tak sabar nak sambut mak ayah di syurga nanti . Gembiralah baby fiya di sana sayang , sambut mak ayah di syurga nanti .

Hanya doa yang mampu supaya mak ayah tabah . Bila dikenangkan mak berpantang sorang-sorang tanpa baby di sisi , memang sedih . Takpe mak , dua tiga tahun lagi inshaaALLAH ada rezeki Along bagi baby untuk mak . Tu pun kalau Along cepat kahwin hihiii


Al-fatihah .
140714 - Intan Syafiya binti Anuar
170714 - MH17
#PrayForGaza #PrayForUmmah

Message mak malam tahun baru 010114

130714