Thursday 18 June 2015

AT14 ISMP Matematik 2011-2015 - The End


Assalamualaikum (entry mungkin panjang dan tak berapa syahdu pun)

THE END!

Perjalanan kami 19 orang putera puteri AT14 ISMP Matematik dengan kepujian dah tamat officially after memasing final exam . Ada yang 13 jun , ada yang 15 jun . Lepas tu memasing akan membawa diri balik kampung meneruskan kehidupan bukan bergelar student AT14 dah . I have such a wonderful family here with semua AT14 members .

Jadinya secara umum , saya Intan Syafika Anuar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kengkawan satu kepala AT14 atas segala ilmu yang dikongsikan , segala kasih sayang yang dicurahkan , segala kegilaan yang diinfraredkan *sebab bila dekat baru datang gila-gilanya hahaa* segala konflik yang diselesaikan , segala bantuan yang ditolongkan , segala makan minum yang disuapkan , segala kemudahan *kereta motor* yang ditumpangkan , segala tangis yang konon-konon dilapkan , segala cerita yang dibebelkan dan segala nasihat yang diingatkan .

Korang semua tak mungkin dapat diganti . Walaupun 4 tahun satu tempoh yang memula rasa cam Ya ALLAH panjangnya , lambatnya na habis degree dari sweet 19 jadi swag 23 , tapi pejam celik dah habis dah . Kejap je rasa sebenarnya . Dari dulu yang bertudung sarung jadi shawl , dari dulu yang kurus kering jadi kembang setaman , dari dulu yang nerd dah nampak taringnya , dari dulu yang muka budak dah nampak matangnya , dari dulu yang tak berapa nak tinggi ingat dapat nak tinggi lagi ? Tinggi tu je lahh pun semuanya , comel-comel belaka .

Banyak aktiviti kita buat bersama dari yang pergi Tasik PC pastu pergi Sungai Klah , pastu pergi Teluk Batik , then pergi mendaki Gunung Datuk , pergi Zoo Negara , join PMMU , kelas majoritinya bersama . Nanti lama sikit kalau tetiba throwback jangan sendu sendan lak hahaa

So, secara khususnya nak gak buat ucapan untuk setiap hakak abang adek AT14 ni .

Kepada,

1) NorShalina aka Lina aka Kak Long

Terima kasih Lina atas segalanya , memang suka panggil Lina Kak Long walaupun sebenarnya Intan yang original Along hahaa Memang suka ngusik bila Lina tetiba datang gelabah dia hahaa Comel gila . Terima kasih gak sebab dua semester dok rumah sekali , tolong kejut subuh . Memang kalau dengan Lina cerita kawen dengan anak je yang keluar . Cerita je lahh yang mampu sebab semuanya pun sampai ke sem 8 membujang hahaa

Minta maaf kalau ada salah silap Intan , biasa lahh kekadang datang mood gila memang menggila , datang mood tak betul dia kang memang tak betul , datang mood senyap je memang senyap memanjang hahaa

Ucapannya semoga berjaya dunia akhirat , cepat kawen cepat dapat anak nanti semua dok cerita pasal anak je hahaa

2) Siti Nurjannah Naimah aka Jenot aka Miss JJ

Thanks oii sebab around kau bila datang gilanya , memang ketawa manjang . Memula memang cam awkward sikit ngan kau sebab kau dok kepit ngan Ain je tapi memang tak dinafikan *perghh ayat thesis sangat* kau memang easy-going person hahaa ada je ceritanya . Paling suka sebab kau cepat dapat kawan , mengingatkan aku kat sorang bestfriend aku masa matrik . And not to forget geng kpop gak ni melayan drama korea , runningman , return superman hahaa

Start cam tak awkward dengan kau bila kita balik naik train sesama hahaa cam tak leh bla je bila teringat awkward dengan kau memula tapi biasa lahh dalam proses kenal hati budi kahkahh

Minta maaf kalau cam terlebih over gelak ke masa ngan kau , biasa lahh kita da dapat gelak mana nak ingat orang lain hahaa

Ucapannya semoga berjaya dunia akhirat gak . Stay happy as you are !!

3) Nur Afifah aka Iffah

Kamsahamnida makcik sebab banyak gak tolong Intan sejak dari kita praktikal dulu . Melayan je suara katak eden ni haa bila karok hahaa Jangan lupa lagu wajib karok kita Meraung hahaa Nanti rindu nak karok sesama , Iffah je lah rajin bawa karoknya *padahal sebab dia pun memang hantu karok hahaa* Halal makan minum sepanjang jadi housemate ehh

Bianhae kalau ada salah silap lagi-lagi start jadi housemate masa praktikal . Biasa lahh kat sekolah seteghes sentiasa , budaknya 'baik sangat' hahaa

Ucapannya karok ingat-ingatkan diri ku kahkahh Semoga berjaya dunia akhirat . Istiqamah perbaiki diri oke .

4) Nur Ilham aka Ilham aka Kak Yam

Arigato Ilham sepanjang jadi housemate start dari Melaka gak . Melayan je bila bercerita pasal anime hahaa pembekal anime sentiasa dari sem berapa tah . Nasib lahh Intan pun melayan gak anime ni sebab gila Naruto hehee Pastu arigato gak sebab jadi pembekal towel bekas warna hijau biru pink tu hahaa Kat Ilham memang dapat murah , thanks tau hehee

Gomennasai kalau ada salah silap dengan Ilham yang berhati lembut ni . Biasa lahh Intan ni bukan lembut mana pun . Kekadang ganas gak hahaa Sorry kalau Intan ketuk pintu soh bangun sahur ke subuh ke tak dengar hahaa Tido mati nampaknya disitu . Lepas tu sorry gak kalau bila Ilham bercerita pasal anime Intan tak berapa nak layan sebab kekadang ceritanya Intan tak tahu hahaa

Ucapannya semoga berjaya dunia akhirat . Jaga mak elok-elok tau heee

5) Irma Naziela aka Irma aka Ummi

Thanks Irma sebab sentiasa tolong kitorang dari awal sem lagi hahaa sentiasa jadi tulang belakang kitorang , dengar celoteh kitorang yang tak pernah habis . Thanks gak sebab Irma sentiasa jadi pemudah cara kitorang , tolong baiki mana yang tak berapa nak elok huhuu Thanks sebab selalu ngajak berjalan lagi-lagi ke TF dulu zaman-zaman gila cadbury hahaa Lepastu merempit ke pasar malam . Kenangan lalu jalan motor yang baru tu takkan dilupakan kahkahh Thanks gak sebab urut Intan masa kat Teluk Batik dulu tu huhuu

Sorry Irma kalau kitorang banyak nyusahkan Irma , wat serabut kat Irma . Halalkan makan minum tau .

Semoga berjaya dunia akhirat , stay as you are . Our beloved Ummi yang sangat baik hati and ringan tulang . All the best sambung master , Irma can do it huhuu

6) Ermahijra akak Erma

Thanks Erma sebab selalu tumpangkan ke kelas . Dulu selalu temankan beli lauk tengahari .Thanks gak sudi jadi roommate sem 8 ni , jadi teman bercerita , melayan return superman hahaa Kita bukan gosip tapi bercerita hahaa Thanks sebab cam sekepala gak hehee Bawa pergi rumah dah dua kali kot , rindu nasi ayam mak Erma huhuu Memperkenalkan kepada instashops , bawa pergi Calaqisya lagi tu huhuu

Sorry kalau selalu nyusahkan . Sorry kalau tak dapat jadi roommate yang baik . Sorry kalau ada tergurau kasar ke , tercerita lebih ke , termonyok lebih ke hahaa semua yang lebih-lebih lahh . Kita kan memang cam over tapi sikit je lahh overnya . Mana ada lebih-lebih huhuu

Semoga berjaya dunia akhirat , turun KL ke SCM ke bagitau lahh . Tanjong Karang tu jalan lalu balik kampung je , kot nanti jemput singgah datang beraya bagitau lahh hahaa

7) Farah Waheeda aka Fawa

Thanks Fawa sebab kau kira penyeri gak dalam at14girls ni . Dulu cam ganas habis hahaa tapi sejak-sejak lepas praktikal ni muncul dah kewanitaan kau . Sweet sangat hahaa Thanks sebab tolong aku daki Gunung Datuk yang gila tinggi penat nak daki tu . Start dari situ cam kurang dah awkward dengan kau sebab sebelum ni agak lahh awkward sikit sebab takut ngan kau hahaa Takkan aku lupa cerita kau masa kau jadi exchange student dulu hahaa

Sorry kalau aku cam pernah buat kau annoyed ke sebab dorang kata muka aku garang padahal kau lagi garang hahaa

Semoga berjaya dunia akhirat weh , teruskan bersukan , teruskan ketegasan tapi still stay gila-gila kau .

8) Shahrain aka Ain

Thanks Ain sebab memang penyeri habis dalam at14 dengan kecomelan Ain . Sama gak lahh ni cam Jannah , memula cam awkward sikit ngan Ain tapi tu lahh tak kenal maka tak cinta . Lepas dah berhimpit-himpit dalam kereta masa pergi Teluk Batik tu lepas tu Ain pun jadi pemberi semangat masa kita daki Gunung Datuk tu . Abang-abang Ain pun sama gak tolong dak tak cukup organ ni haa daki gunung hehee

Sorry Ain kalau ada salah silap , lagi-lagi masa kena simbah air dulu tu hahaa Kenangan kena simbah tu memang takkan dilupakan lahh . Comel gila Ain marah padahal kitorang yang plan simbah , tapi Intan pun kena gak . Ceitt hahaa

Ucapannya stay comel tau ! Semoga berjaya dunia akhirat .

9) Syazwana aka Wana

Thanks Wana sebab sudi jadi roommate satu sem masa praktikal dulu . Walaupun cam suriram sikit bilik kita tapi nak wat cemana dah memasing fokus nak siapkan RPH hahaa Thanks jadi pembekal software kat kitorang ni , kitorang semua memang buta IT hahaa Nak hibernate pun tak tahu , mati lahh nak hahaa Siapa tahu dulu pernah nampak je Wana masa kat KMP sebab kekedingan dia , sekali jumpa gak kat UPSI hahaa

Sorry Wana kalau tak jadi roommate yang baik . Sorry kalau ngusik lebih masa praktikal dulu , gurau saja hahaa

Ucapannya , makan banyak sikit tambah isi . Ni tulang je lebih hahaa . Semoga berjaya dunia akhirat . All the best sambung master . Sambung master kan ? hehee

10) Nurul Atiyah aka Atie aka Cik Toyah

Thanks toyah sebab jadi penyeri dalam at14gilrs dengan memacam ragam kau . Kejap kang datang gila-gila dia , kejap kang datang blur dia . Sem 8 ni tambah blur dia hahaa Thanks gak sebab jadi roommate dua sem huhuu Peminat setia Siti Nurhaliza manjang nyanyi lagu siti hahaa

Sorry kalau tak jadi roommate yang baik . Sorry kalau ada salah silap , termasam lebih ke sebab seteghes assignment hahaa Kejap tu je masamnya pun huhuu

Semoga berjaya dunia akhirat , jangan blur-blur dah . Ke nak jadi Miss Mong ni ? hahaa

Ho Wen Ling dan Ngu Xue Lee

To Ling and Shirley , thanks for being such a good and sweet friends in AT14 . Even though the others really like to tease both of you , but we love u both as we love each others . Sorry if I'm not such a good friend of yours during our 4 years here in UPSI . Stay cute , pretty and healthy . All the best in the future .

Mohd Hakimi (Kimi), Fawwaz Abdullah , Ikhwan Zulhilmi (Ikhwan) , Mohd Hafizi (Fizi) , Abdul Mutallib (Talib) dan Wan Nabil Fikri (Nabil)

Kepada jejaka 6 orang dalam AT14 , thanks sebab melayan je kerenah kitorang ni lagi-lagi bila ada apa-apa aktiviti . Bukan semua perempuan macam kitorang sebab kitorang gila-gila memang lebih sikit . Baru happening ye ke idok ? hahaa Thanks Ikhwan sebab dulu berapa kali tah dah tolong format laptop Intan . Thanks Talib sebab teman daki gunung dulu . Thanks Nabil sebab sudi menjawab sebarang pertanyaan Intan . Thanks gak Fawwaz and Kimi atas bantuan dan tunjuk ajar sepanjang 4 tahun ni . And not to forget Fizi sebab secara tak sedar jadi pembekal anime gak sebenarnya hehee

Sorry kalau kitorang ada annoyed korang ke , salah kata salah bicara salah perbuatannya . Harap korang tak ambil hati . Semoga berjaya dunia akhirat guys .

So, thats all yang terlintas difikiran buat masa ni . My pray always be with all of you . My awesome family and friends in UPSI .

Saranghae ! Fi hifzillah semua . Jumpa konvo bulan 11 nanti In syaa ALLAH .

*takdak airmata lagi nak lap sebab semua cam cool je hahaaa


Saturday 16 May 2015

2015 Second Vacation : Sunway Lagoon . LAGI ??!!


Assalamualaikum semua (entry seriously panjang) .

Hahaa sakit hati je baca title entry sambil dalam hati berkata "perghh minah ni dah kenapa ? Sunway Lagoon lagi?!"

Well that's that. Walaupun dalam keadaan ekonomi diri yang hampir defisit di mana lepas ni akan dan mesti minta duit dekat ayah, gatai gilak pegi SL lagi. Ape dah tade tempat lain ke kau nak pergi ?

Dah SL tu sekangkang kera je dari rumah , alang-alang balik lahh cuti hari pekerja ni . Otak dah tepu dok kat tanjong malim dok ngadap assignment yang tak sudah-sudah .

Dan begitulah . Kali ni pergi bersepuluh pula pada 5 mei 2015 , dengan another 3rd quarter of AT14 girls and adik ain , wana , beserta kawannya , Mira .

Jadi , kita ni geraknya dari rumah , baru pukul 9 lebih si Erma , Jannah , Lina , Wana and Ilham dah sampai . Laju Ilham bawa kereta katanya hahaa memula tengok macam takde lahh ramai mana tapi sama je ramai juga .

Kali ni Cik Bori Intan Syafika jadi tour guide , bajet macam dah main segala menatang dalam SL tu hahaa tapi experience pergi bulan lepas mematangkan diri , gittew ahahaa Jadinya sebelum nak pergi main menatang-menatang dalam SL tu , perbincangan dijalankan kahkah kiranya nak kurangkan masa menunggu , memang manage masa habis-habisan sebab nak merasa main sebanyak mungkin .

Destinasi pertama bila dah masuk gate ialah depan menatang biru SL tu , sebabnya dak Ain terkantoi pula bawa roti . Bahulu haritu tah siapa bawa nasib tak kantoi . Berjemaah lahh kami habiskan roti tu hahaa

Keeksitedan makin terasa bila memula lagi dorang dah naik Tomahawk tu . Daebak ahh , kita yang tengok dari bawah ni pun dah rasa pening . Aku gelakkan aje dorang berlapan naik menatang tu , menjerit kemain hahaa Lepas tu eksited lagi dorang naik Pirate Revenge tu . Eee itu lagi lomah jantung eden ni haa dah lahh lambat , lama , pusing 360 degree lagi , tengok pun rasa nak muntah . Jadinya kita gelakkan lagi tengok orang jerit-jerit naik Pirate Revenge tu hahaa

Lepas tu pergi isi beg semua kat locker , terus pergi naik ATV . Disebabkan terasa macam dah pro , kejap je lahh merasa naik hahaa Si Jannah katanya sampai nak langgar pokok hahaa lawok lawok . Ini katanya nak main ATV RM100 ? Memang idok le teman , silap haribulan motor tu ke depan , orangnya tertinggal di belakang hahaa

Cuak ke memasing ? Hahaa

Sambil tunggu adik Ain dengan kawan dia naik ATV , kitorang pergi try archery jap . Merasa lahh dua kali bajet-bajet Princess Diaries main archery padahal tiga anak panah jatuh ke lantai hahaa Sunnah memanah ni , merasa lahh walau tak reti hahaa kalau ada prince charming ajar confirm tak jatuh ke lantai . Malangnya takde sebab yang ada cumaaaaa , malas nak kata hahahaa

Kemain memasing hahaa baju purple tudung bebajet Yuhanis tu lagi over hahaa


Lepas tu konon nak naik Flying Fox , tapi memang takde jodoh lahh sebab naik-naik je tutup rehat . Nampak sangat petanda kot kena raba ngan bangla ke hahaa masa nak pakai helmet naik ATV pun sebok nak betulkan helmet kita , langgar ngan ATV tu baru tau hahaa nasib kita ni dengan sepantas refleksnya kata "eh takpe takpe" so melepaslah bangla tu nak buat drama ngan aku . Jadinya penat je lahh naik tangga gila banyak sebelah ATV tu , ponat memasing ni haa Tangkap gambar dekat jambatan gantung tu je lahh akhirnya lepas dah tak dapat nak naik flying fox . Alhamdulillah hikss

Dah tu , memasing gagah beratur nak naik roller coaster , panjang pula beraturnya dengan panas betul tengah hari da tu nak dekat pukul 1 . Beraturnya lama , naiknya sekejap . Bajet lagi kita ni taknak menjerit naik roller coaster sebab dah naik tapi jeritkan juga . Kata Jannah menjerit tu satu nikmat hahaa

Lepas solat zohor , kitorang menuju ke Amusement Park yang tersorok . Tersorok pun ramai gak nak naik pelampung Grand Canyon River Rapids . Memula nak naik Colorado Splash (pelampung dia warna kuning) tapi dengan keeksitedan tinggalkan sliper memasing merata , dengan si Erma and Jannah dah berlari ke depan , ingatkan tak ramai orang . Sekali ramai lahh pula . So kitorang main grand canyon yang membasahkan seluar . Naik lahh pelampung bulat tu 5 orang hahaa dah tu baru lahh gagah kitorang tunggu juga nak naik pelampung kuning tu dengan ramai orangnya , pelampung lembab lak nak naik atas . Yang ni best sebab dok lawan siapa pelampung paling jauh . Juaranya Erma ngan Jannah muahahaa

Pelampung bulat kengkonon dekat extreme river lahh ni hahaa

Pelampung kuning hahaa


Disebabkan memasing kepala dah turun level kanak-kanak , kitorang naik menatang kasut pusing-pusing namanya Butch Cassidy Trail . Wi are wi wi are aku naik benda alah tu sebabnya ke atas ke bawah hahaa

Wi are wi wi are memasing hahaa


After that , disebabkan dah basah , kitorang pergi lahh main air . Gagah beratur panjang gila naik Vuvuzela . Nak merasa gak memasing . Seriusly DAEBAK . Tapi tak aci sebab masa tengah turun pelampung tu membelakang aku lak , rasa nak jatuh terlentang ke belakang . Ofkos lahh beratur-beratur tu annoyed sikit , sorang cop que pastu segerombolan naik . Ada lak mat salleh ke mat arab ke tah tak tahu ambik kesempatan potong que . Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat-mamat tu . Hensem takpe gak kahhh . Jadinya silalah gigihkan diri dan iimaan nak naik Vuvuzela tu sebab dari bawah que . Nasib iimaan ku tidak menipis senipis kulit bawang , kalau tak melepas naik Vuvuzela .

Eh sebelum tu kitorang masuk Scream Park rumah hantu . Kali ni eden beranikan diri dok tengok hantu tu sebab masa otw pergi amusement park tu boleh pula terserempak dengan hantu-hantu keluar rehat makan tengahhari hahaa siap terjumpa wa tegur dia kata "eh ni hantu kita nampak tadi" hahaa Tapi paling tak boleh bla cam seram terkejut sikit part pocong ngan langsuir , hawau betul keluar gak jeritan aku hahaa Yang lagi tak boleh bla , kitorang bertujuh (Ilham, Wana adik Ain ngan Mira tak masuk sekali) jalan sekali dengan geng-geng philipine ni haa Ada lelaki ngan sorg perempuan kot . Lawak betul yang mamat-mamat ni jerit terkejut , pastu konon nak potong jalan kat depan , kitorang bagi je lahh nak potong tapi sorang mamat je ke depan , konon nak guide kat depan sekali memasing sesat hahaa Paling lagi tak boleh bla , awek philipine ni boleh clinging kat wa pula . Memula cam takpe lahh layankan jelah , tangan kanan pegang tangan Jannah , tangan kiri kena peluk dengan awek tu . Ada dekat satu corner tu , tetiba hantu tu boleh lak suprise kitorang , melompat awek philipine tu menerkam aku sampai terpenyek aku dekat dinding . Boleh lak buat drama tarik menarik tangan kat situ . Yang si Jannah dah dok tarik tangan kanan aku , kita ni dah penyek kat dinding kena terkam ngan awek philipine ni hahaa

Hantu askar tu seriously muka cam Hairul Azreen tunang Keknis hahaa

Yang mamat philipine lagi satu hal terkejut cam bapok , boleh pula pergi terpegang si Lina . Ape lagi keluar lahh ayat NO TOUCHING-TOUCHING nak sound mamat philipine tu . Pastu hantu-hantu tu pula salah paham , kitorang ni nak cakap no touching kat mamat philipine tu , hantu tu pula reply "SIAPA YANG TOUCHING-TOUCHING?" Pandai hantu speaking hahaa

Oke , sambung balik kat water park, Lagi sekali naik lahh Waterflexx 5D tu . ingatkan main cite lain tapi naik pelampung . Kelakar dok dengar Jannah gelak beria kat tepi , kita kat sebelah dia boleh duduk laikeboss silang kaki bagai hahaa

Pastu memasing dah berpisah dua group , Si erma , lina , iffah ngan wana main pelampung ular sebelah starbuck . Ilham jadi penunggu setia . Kitorang yang lain ni pas dah naik Waterflexx 5D tu bebajet nak try surfing sekali ramai pula mamat-mamat kat situ . Jadinya berendamlah kitorang macam dugong memasing dekat surf beach . Dah tu berkumpul balik semua kat surf beach tu , try nak naik trampoline pula . Dapat lompat-lompat je lahh dah orang tu tak bagi buat backflip hahaa

Sekali lagi , gagah nak merasa gak flying fox , naik ikut tangga setinggi gunung everest tu *melampau hiperbola kau* tapi sengal memasing tak nampak notis kat bawah kata dah CLOSE hahaa exercise jawabnya memasing . Dah lahh nak naik flying fox tu minimum 40 kg . Naik turun tangga kurang gak sekilo ni tak cukup dah berat , mengharapkan berat baju basah je lahh hahaa hikmahnya lagi tak naik flying fox tade lahh kot kena raba hahaa

Bagi mengubati kedukaan , main paintball . Terasa macam kitorang ni pembawa rezeki pula , main trampoline memula kitorang je lepas tu ramai-ramai datang nak main . Main paintball memula ada kitorang je , lepas kitorang keluar , berderet beratur kat belakang hahaa

Pengakhirannya sebelum balik , memasing main lagi pelampung free sebelah starbuck . Haa tu pun sama , memula tgk tade org igtkan dah tutup sebab nak dekat pukul 6 , elok kitorang beratur berderet datang kat belakang hahaa murah rezeki kalau cenggitu hahaa

After that , habis dah lahh vacay kitorang dekat SL tu bersepuluh . Tak sempat nak wefie bagai sebab dak ira dah tunggu nak ambik along dia balik hahaa

So , semoga aku jemu dah nak pergi SL tu walaupun masa second pergi mak siap kata kenapa tak bawa adik hahaa apakah petanda ini ? hahaa

Here some peta and advertisement , ada lagi 5 kali punya promotion kalau nak pergi . Kita yang last minit decision pun dapat tiket hahaa Kbhaii

Nak jelas pergi lahh cari kat pacek google

From sunwaylagoon.com tiket RM42.40 oke campur A B C D GST hahaa

Kemengarutan : When He/She Get Married



Bedah : Alhamdulillah , nak kawen dah dia .
Tipah : Siapa yang nak kawen ni ?
Bedah : Ni haa kawan aku zaman sekolah dulu , alhamdulillah nak kawen dah .
Jemah : Eh ni bukan crush kau ke ?
Bedah : Der , crush wa dua-dua dah nikah lama dah , dah ada anak dah pun .
Senah : Perghh , frust tonggeng tergolek kau kan ?
Bedah : Takde lahh , alhamdulillah bagus lahh dah nikah . Menyempurnakan sebahagian lagi iman di dada .
Jemah : Alhamdulillah , kita je belum lagi .
Bedah : InshaaALLAH , suatu hari nanti .
Senah : Yang nak kawen ni siapa pula kalau bukan crush kau ?
Bedah : *senyum buat tak tahu + kelat + liat + lap hingus*

Alhamdulillah , tahun ni banyak perkhabaran tentang pernikahan . Kan sapa tu apa nama dia tah nasihat kahwin sebelum GST dilaksanakan April 2015 nanti . So alhamdulillah , dah dapat beberapa invitation kahwin dah tahun ni .

Tapi ada sorang kawan ni tanya , dia dapat invitation dari ex-bf dia masa zaman sekolah dulu *which now alhamdulillah and inshaaALLAH dah bertaubat* and dia tanya macam mana nak react bila pergi majlis tu nanti .

As for me , belum lagi encounter pasal ni sebab pergi wedding crush pun pernah sekali je which is my uncle *gila kan crush kat pakcik sendiri , nasib baik tak boleh kahwin* , just act cool and doakan yang terbaik . Dah sampai jodoh dia , takkan kita nak melara hati ? Pasghah beseghah gheda je lahh kan .

Dan takkan kau nak buat drama apa tu sebenarnya dia suami aku ke ape tah tajuk drama tu dekat wedding dia , tak ke malu meghoyan pula kau kat situ . Kita muslimah , ada maruah , ada harga diri . Takkan nak tunjuk dia tu dulu ex-bf . Jangan ! Kita tutup aib kita dan kita tutup aib dia . Apa pula kata isteri dia nanti .

Teringat pula my aunt cerita my another aunt ni dulu pun encountered this situation . Tengok gambar senyum je masa pergi wedding lelaki tu , tapi mak my aunt which is opah sedara cerita , masa dalam kereta dia nangis . Walau setabah mana pun seorang perempuan tu , dalam hati dia menangis . Perghh .

Dan teringat pula dialog drama Ariana Rose .

Ariana : You akan attend wedding I , kan ?
Harith : Did you expect me to attend wedding gadis idaman I dengan lelaki yang dia tak cinta ?
Ariana : *diam*
Harith : I akan cuba , tapi disaat seorang wanita tersenyum menghitung tarikh persandingannya , ada seorang lelaki sedang menangis .
*muntah hijau warna-warni*

So , tabahkan hati dari saat ini tika ini sampai masa pergi ke perkahwinannya dan banyak-banyak berdoa kepada ALLAH semoga perkahwinannya diberkati dan kau pun cepat-cepat kawen .
*kejap cari lagu kat youtube*
*tak jadi sebab sadis sangat , cari lahh sendiri dekat youtube*

Kbhai , wassalamu'alaikum .

*entry berzaman dari tahun 2014 kahkahh sekarang dah A B C D GST
*Tetiba terasa nak makan lauk kenduri kawen
*Banyak dapat invitation tapi tengah final T-T
*Amende cite ariana ross dah lama der !!! Sekarang pemes Hati Perempuan oiiii

Monday 13 April 2015

2015 First Vacation : Sunway Lagoon


Assalamualaikum .

Its been a while tah berapa bulan dah tak update blog . Perghh final year kata ko dengan kulihat sinar konvo tu samar-samar je tapi sekarang hampir mewangi  *motip??* ahahahaa

Walaupun of course busy dengan assignment , thesis , presentation , bla bla blaa , sempat juga pergi berjimba ke Sunway Lagoon Waterpark . Last minit punya decision sebab dok pikir banyak benda tak siap *nangis* Pastu bila dah jumpa sinar cahaya thesisku , bolehlah released seteghes kejap pergi Sunway Lagoon . Alang-alang ada promotion RM40 hari selasa first week setiap bulan sempena 40th anniversary , apa lagi suruh lahh dak fawa belikan tiket sebab noob gila CIMB Maybank tade nak buat online purchase . Beli tudung pakai BIMB ahahaa

Tapi sebab beli pun 1st April , kita pun kena lahh A B C D GST ahahaa jadinya RM42.40 , GST 6% .

Jadi bermulalah short vacay ke Sunway Lagoon dengan Irma , Atie , Fawa and ada lagi tiga orang kawan dia , Ana , Kak Yaya and Qis . Gila tak excited keluar rumah naik bas pukul 8 setengah . Sampai sana sesat nak cari pintu masuk tak tahu , padahal semalamnya pergi Sunway Pyramid dolandolan juga ahahaa Ehh kitorang pegi 7th April 2015 . Lepas tu exercise sekejap mencari pintu masuk Sunway Lagoon . Dah sampai pun bukan boleh masuk sebab pukul 10 baru buka ahahaa Jadinya kitorang wefie sambil tunggu dak fawa .

Kitorang masuk SL dalam pukul 10.15 am camtu . Masuk tu dok mencari nak naik roller coaster lahh nak main flying fox lahh . Pas dah settle pergi hantar beg kat multi use locker 43 hengget bayau nya , kitorang dok nak cari roller coaster . Tapi nampak Tomahawk dulu . Ni haa Tomahawk ahahaa


Source here

Mula-mula macam alahh dah datang gila tak merasa naik , dah naik macam orang gila menjerit . Gila kau safety kat pinggang takde , dapat orang kughus macam aku ni rasa boleh terkeluar dari tempat duduk pastu tergolek-golek dalam sangkar tu . Imagination memang Final Destination sangat . Menjerit tak yah kata lahh memula dok jerit nama Irma sebab dok sebelah dia , pastu panggil Mak . Tersedak mak kat rumah ahahaa Dia memang akan berhenti 180 darjah tu , tu yang rasa nak terkeluar dari tempat duduk . Buat kata fawa , bontot tak cecah seat . Nak katanya , kalau rasa tak kuat semangat tak yah lahh naik tapi rugi tak naik dah masuk SL ahahaa

Lepas tu aku dah pening-pening dinasour lepas dah naik Tomahawk yang rasa nak terbelahak , dapat pula pagi tu makan nasi lemak , perghhhh kuat lagi rasa aku nak muntah ahahaa

Dah naik tu , kitorang naik tangga pergi lalu dekat jambatan gantung . Tak boleh blah nya dah pening-pening dinasour naik Tomahawk , kau pergi jalan kat jambatan gantung tu . Lagi kuat isi perut aku nak keluar sebab goyang-goyang . Tak dapat na fefeeling naik jambatan gantung . Kuangsam betul kepala tak tahan pening hahaa

Selendang purple tu tunggu masa nak muntah je ahahaa


Konon lepas lalu jambatan gantung nak main flying fox , sekali kepala ku tak mengizinkan . Ada nanti yang merasa hujan muntah dari atas ahahaa Tapi paling tak boleh blah diceritakan oleh Fawa and Irma , nak naik flying fox gumbira-gumbira , sekali kena raba dengan bangla ahahaa Rasa nak sepak je bila dengar tu , ada hikmah rupanya aku tak main flying fox . Tak kesah lahh kalau nak betul-betulkan benda pakai nak main flying fox tu , ni siap tangan landing kat peha sebab nak suruh rapatkan kaki , memang rasa nak bagi kaki je kat bangla tu . Panas lak hati aku ahahaa

Dah puas main extreme , pergi scream park lak . Memula masuk Rumah Hantu , bajet cam seram sangat tapi banyak terkejut je . Aku of course pandang bawah je , tapi dok gelak sebab kelakar dengar orang menjerit . Tapi rasa annoyed gila bila ada group ni bebajet jerit takut sangat padahal saje je . Terhapus sudah mood aku , annoyed memanjang dari masuk sampai keluar ahahaa Part World War Z je mata aku dok tengok zomba-zomba tu . Macek cleaner punya zomba paling kelakar ahahaa And of course , THEY ARE NOT TOUCHING the people . Kalau touching , kau silatkan aje hahaa

Alang-alang belum zuhur , pergi naik roller coaster lak . Bajet alaa amende lahh roller coaster bukan ada pusing-pusing macam Running man pun , kejap je pun tapi menjerit gak lahh naik sebab rasa tertinggal jantungku di belakang hahaa Laju gak lahh , best , daebak hahaa disebabkan ramai orang tade lahh naik lagi sekali huhuu

After zuhur , plan nak naik ATV lak . Lama gak beratur tunggu nak naik dengan panasnya . Tapi as a beginner , best naik ATV tu . Extreme gak jalan dia walaupun kejap . Lagi-lagi aku ni moto pun boleh dikira dengan jari berapa kali bawa setahun hahaa memula takut gak lahh tapi tade mende . Paling kelakar tengok Irma dok tahan dengan kaki masa naik ATV . Irma , tu bukan moto Irma oii hahaa orang naik moto memang dah terbiasa heeee

Masuk gambar second vacation hahaa

Dalam pukul 2 lebih kot pas main ATV , baru start main air . Pergi masuk kat amende tah namanya kolam air tu , siap ada DJ main lagu . Dah macam hape dah dok melompat heee Exercise dalam air , bukan melagha sangat hahaa Dah siap basah-basah , dapat pakej hujan pula . Kitorang decide pergi masuk Waterflexx 5D . Kira tengok wayang 3D siap kerusi goyang-goyang and pakej kena sembur air angin semua hahaa Dapat lak dia bagi kengkonon main slide , siap masuk tempat ada ketam lahh dinasour lahh , mermaid pastu tengkorak bagai . Basah balik dok dalam tu huhuu

And last but not least , pergi main slide for real . Merasa lahh dua kali punya slide . Tapi lagi sekali aku annoyed dengan anak mat salleh ni suka hati potong que pastu nak potong que aku . Memang kena jeling-jeling lahh . Jangan kau ingat tudung labuh ku sabarku pun labuh gak ahahaa Penat beratur nak potong que memang nak mendapat dengan aku . Berhujan lagi main slide . Oke lahh sebab biasa dah main slide ni , janji pelampung ta yah sewa hahaa Tak dapat nak main Vuvuzela sebab ramai gilos orang beratur . Next time maybe , nak merasa Vuvuzela ngan flying fox .

And lastly , pergi tukar baju , solat and balik . Singgah jap lahh kat Pyramid makan Dip n Dip . Berjerawat sudah dahiku dua hari beturut-turut makan coklat hahaa

So , I is wanna go Sunway Lagoon lagi . Next vacay dengan adik-adik lak InshaaALLAH heee

Dah , enough vacay , jom fokus thesis and assignment . Ohh my final year . Tashabar nak graduate , nak keje , nak ada duit nak belanja family and kgkawan and of course nak kawen ahahaa kbhai !!

#takbanyakgambar #keepinmemorykatanya

Ada sambungan kat sini hahaa