Thursday 18 June 2015

AT14 ISMP Matematik 2011-2015 - The End


Assalamualaikum (entry mungkin panjang dan tak berapa syahdu pun)

THE END!

Perjalanan kami 19 orang putera puteri AT14 ISMP Matematik dengan kepujian dah tamat officially after memasing final exam . Ada yang 13 jun , ada yang 15 jun . Lepas tu memasing akan membawa diri balik kampung meneruskan kehidupan bukan bergelar student AT14 dah . I have such a wonderful family here with semua AT14 members .

Jadinya secara umum , saya Intan Syafika Anuar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kengkawan satu kepala AT14 atas segala ilmu yang dikongsikan , segala kasih sayang yang dicurahkan , segala kegilaan yang diinfraredkan *sebab bila dekat baru datang gila-gilanya hahaa* segala konflik yang diselesaikan , segala bantuan yang ditolongkan , segala makan minum yang disuapkan , segala kemudahan *kereta motor* yang ditumpangkan , segala tangis yang konon-konon dilapkan , segala cerita yang dibebelkan dan segala nasihat yang diingatkan .

Korang semua tak mungkin dapat diganti . Walaupun 4 tahun satu tempoh yang memula rasa cam Ya ALLAH panjangnya , lambatnya na habis degree dari sweet 19 jadi swag 23 , tapi pejam celik dah habis dah . Kejap je rasa sebenarnya . Dari dulu yang bertudung sarung jadi shawl , dari dulu yang kurus kering jadi kembang setaman , dari dulu yang nerd dah nampak taringnya , dari dulu yang muka budak dah nampak matangnya , dari dulu yang tak berapa nak tinggi ingat dapat nak tinggi lagi ? Tinggi tu je lahh pun semuanya , comel-comel belaka .

Banyak aktiviti kita buat bersama dari yang pergi Tasik PC pastu pergi Sungai Klah , pastu pergi Teluk Batik , then pergi mendaki Gunung Datuk , pergi Zoo Negara , join PMMU , kelas majoritinya bersama . Nanti lama sikit kalau tetiba throwback jangan sendu sendan lak hahaa

So, secara khususnya nak gak buat ucapan untuk setiap hakak abang adek AT14 ni .

Kepada,

1) NorShalina aka Lina aka Kak Long

Terima kasih Lina atas segalanya , memang suka panggil Lina Kak Long walaupun sebenarnya Intan yang original Along hahaa Memang suka ngusik bila Lina tetiba datang gelabah dia hahaa Comel gila . Terima kasih gak sebab dua semester dok rumah sekali , tolong kejut subuh . Memang kalau dengan Lina cerita kawen dengan anak je yang keluar . Cerita je lahh yang mampu sebab semuanya pun sampai ke sem 8 membujang hahaa

Minta maaf kalau ada salah silap Intan , biasa lahh kekadang datang mood gila memang menggila , datang mood tak betul dia kang memang tak betul , datang mood senyap je memang senyap memanjang hahaa

Ucapannya semoga berjaya dunia akhirat , cepat kawen cepat dapat anak nanti semua dok cerita pasal anak je hahaa

2) Siti Nurjannah Naimah aka Jenot aka Miss JJ

Thanks oii sebab around kau bila datang gilanya , memang ketawa manjang . Memula memang cam awkward sikit ngan kau sebab kau dok kepit ngan Ain je tapi memang tak dinafikan *perghh ayat thesis sangat* kau memang easy-going person hahaa ada je ceritanya . Paling suka sebab kau cepat dapat kawan , mengingatkan aku kat sorang bestfriend aku masa matrik . And not to forget geng kpop gak ni melayan drama korea , runningman , return superman hahaa

Start cam tak awkward dengan kau bila kita balik naik train sesama hahaa cam tak leh bla je bila teringat awkward dengan kau memula tapi biasa lahh dalam proses kenal hati budi kahkahh

Minta maaf kalau cam terlebih over gelak ke masa ngan kau , biasa lahh kita da dapat gelak mana nak ingat orang lain hahaa

Ucapannya semoga berjaya dunia akhirat gak . Stay happy as you are !!

3) Nur Afifah aka Iffah

Kamsahamnida makcik sebab banyak gak tolong Intan sejak dari kita praktikal dulu . Melayan je suara katak eden ni haa bila karok hahaa Jangan lupa lagu wajib karok kita Meraung hahaa Nanti rindu nak karok sesama , Iffah je lah rajin bawa karoknya *padahal sebab dia pun memang hantu karok hahaa* Halal makan minum sepanjang jadi housemate ehh

Bianhae kalau ada salah silap lagi-lagi start jadi housemate masa praktikal . Biasa lahh kat sekolah seteghes sentiasa , budaknya 'baik sangat' hahaa

Ucapannya karok ingat-ingatkan diri ku kahkahh Semoga berjaya dunia akhirat . Istiqamah perbaiki diri oke .

4) Nur Ilham aka Ilham aka Kak Yam

Arigato Ilham sepanjang jadi housemate start dari Melaka gak . Melayan je bila bercerita pasal anime hahaa pembekal anime sentiasa dari sem berapa tah . Nasib lahh Intan pun melayan gak anime ni sebab gila Naruto hehee Pastu arigato gak sebab jadi pembekal towel bekas warna hijau biru pink tu hahaa Kat Ilham memang dapat murah , thanks tau hehee

Gomennasai kalau ada salah silap dengan Ilham yang berhati lembut ni . Biasa lahh Intan ni bukan lembut mana pun . Kekadang ganas gak hahaa Sorry kalau Intan ketuk pintu soh bangun sahur ke subuh ke tak dengar hahaa Tido mati nampaknya disitu . Lepas tu sorry gak kalau bila Ilham bercerita pasal anime Intan tak berapa nak layan sebab kekadang ceritanya Intan tak tahu hahaa

Ucapannya semoga berjaya dunia akhirat . Jaga mak elok-elok tau heee

5) Irma Naziela aka Irma aka Ummi

Thanks Irma sebab sentiasa tolong kitorang dari awal sem lagi hahaa sentiasa jadi tulang belakang kitorang , dengar celoteh kitorang yang tak pernah habis . Thanks gak sebab Irma sentiasa jadi pemudah cara kitorang , tolong baiki mana yang tak berapa nak elok huhuu Thanks sebab selalu ngajak berjalan lagi-lagi ke TF dulu zaman-zaman gila cadbury hahaa Lepastu merempit ke pasar malam . Kenangan lalu jalan motor yang baru tu takkan dilupakan kahkahh Thanks gak sebab urut Intan masa kat Teluk Batik dulu tu huhuu

Sorry Irma kalau kitorang banyak nyusahkan Irma , wat serabut kat Irma . Halalkan makan minum tau .

Semoga berjaya dunia akhirat , stay as you are . Our beloved Ummi yang sangat baik hati and ringan tulang . All the best sambung master , Irma can do it huhuu

6) Ermahijra akak Erma

Thanks Erma sebab selalu tumpangkan ke kelas . Dulu selalu temankan beli lauk tengahari .Thanks gak sudi jadi roommate sem 8 ni , jadi teman bercerita , melayan return superman hahaa Kita bukan gosip tapi bercerita hahaa Thanks sebab cam sekepala gak hehee Bawa pergi rumah dah dua kali kot , rindu nasi ayam mak Erma huhuu Memperkenalkan kepada instashops , bawa pergi Calaqisya lagi tu huhuu

Sorry kalau selalu nyusahkan . Sorry kalau tak dapat jadi roommate yang baik . Sorry kalau ada tergurau kasar ke , tercerita lebih ke , termonyok lebih ke hahaa semua yang lebih-lebih lahh . Kita kan memang cam over tapi sikit je lahh overnya . Mana ada lebih-lebih huhuu

Semoga berjaya dunia akhirat , turun KL ke SCM ke bagitau lahh . Tanjong Karang tu jalan lalu balik kampung je , kot nanti jemput singgah datang beraya bagitau lahh hahaa

7) Farah Waheeda aka Fawa

Thanks Fawa sebab kau kira penyeri gak dalam at14girls ni . Dulu cam ganas habis hahaa tapi sejak-sejak lepas praktikal ni muncul dah kewanitaan kau . Sweet sangat hahaa Thanks sebab tolong aku daki Gunung Datuk yang gila tinggi penat nak daki tu . Start dari situ cam kurang dah awkward dengan kau sebab sebelum ni agak lahh awkward sikit sebab takut ngan kau hahaa Takkan aku lupa cerita kau masa kau jadi exchange student dulu hahaa

Sorry kalau aku cam pernah buat kau annoyed ke sebab dorang kata muka aku garang padahal kau lagi garang hahaa

Semoga berjaya dunia akhirat weh , teruskan bersukan , teruskan ketegasan tapi still stay gila-gila kau .

8) Shahrain aka Ain

Thanks Ain sebab memang penyeri habis dalam at14 dengan kecomelan Ain . Sama gak lahh ni cam Jannah , memula cam awkward sikit ngan Ain tapi tu lahh tak kenal maka tak cinta . Lepas dah berhimpit-himpit dalam kereta masa pergi Teluk Batik tu lepas tu Ain pun jadi pemberi semangat masa kita daki Gunung Datuk tu . Abang-abang Ain pun sama gak tolong dak tak cukup organ ni haa daki gunung hehee

Sorry Ain kalau ada salah silap , lagi-lagi masa kena simbah air dulu tu hahaa Kenangan kena simbah tu memang takkan dilupakan lahh . Comel gila Ain marah padahal kitorang yang plan simbah , tapi Intan pun kena gak . Ceitt hahaa

Ucapannya stay comel tau ! Semoga berjaya dunia akhirat .

9) Syazwana aka Wana

Thanks Wana sebab sudi jadi roommate satu sem masa praktikal dulu . Walaupun cam suriram sikit bilik kita tapi nak wat cemana dah memasing fokus nak siapkan RPH hahaa Thanks jadi pembekal software kat kitorang ni , kitorang semua memang buta IT hahaa Nak hibernate pun tak tahu , mati lahh nak hahaa Siapa tahu dulu pernah nampak je Wana masa kat KMP sebab kekedingan dia , sekali jumpa gak kat UPSI hahaa

Sorry Wana kalau tak jadi roommate yang baik . Sorry kalau ngusik lebih masa praktikal dulu , gurau saja hahaa

Ucapannya , makan banyak sikit tambah isi . Ni tulang je lebih hahaa . Semoga berjaya dunia akhirat . All the best sambung master . Sambung master kan ? hehee

10) Nurul Atiyah aka Atie aka Cik Toyah

Thanks toyah sebab jadi penyeri dalam at14gilrs dengan memacam ragam kau . Kejap kang datang gila-gila dia , kejap kang datang blur dia . Sem 8 ni tambah blur dia hahaa Thanks gak sebab jadi roommate dua sem huhuu Peminat setia Siti Nurhaliza manjang nyanyi lagu siti hahaa

Sorry kalau tak jadi roommate yang baik . Sorry kalau ada salah silap , termasam lebih ke sebab seteghes assignment hahaa Kejap tu je masamnya pun huhuu

Semoga berjaya dunia akhirat , jangan blur-blur dah . Ke nak jadi Miss Mong ni ? hahaa

Ho Wen Ling dan Ngu Xue Lee

To Ling and Shirley , thanks for being such a good and sweet friends in AT14 . Even though the others really like to tease both of you , but we love u both as we love each others . Sorry if I'm not such a good friend of yours during our 4 years here in UPSI . Stay cute , pretty and healthy . All the best in the future .

Mohd Hakimi (Kimi), Fawwaz Abdullah , Ikhwan Zulhilmi (Ikhwan) , Mohd Hafizi (Fizi) , Abdul Mutallib (Talib) dan Wan Nabil Fikri (Nabil)

Kepada jejaka 6 orang dalam AT14 , thanks sebab melayan je kerenah kitorang ni lagi-lagi bila ada apa-apa aktiviti . Bukan semua perempuan macam kitorang sebab kitorang gila-gila memang lebih sikit . Baru happening ye ke idok ? hahaa Thanks Ikhwan sebab dulu berapa kali tah dah tolong format laptop Intan . Thanks Talib sebab teman daki gunung dulu . Thanks Nabil sebab sudi menjawab sebarang pertanyaan Intan . Thanks gak Fawwaz and Kimi atas bantuan dan tunjuk ajar sepanjang 4 tahun ni . And not to forget Fizi sebab secara tak sedar jadi pembekal anime gak sebenarnya hehee

Sorry kalau kitorang ada annoyed korang ke , salah kata salah bicara salah perbuatannya . Harap korang tak ambil hati . Semoga berjaya dunia akhirat guys .

So, thats all yang terlintas difikiran buat masa ni . My pray always be with all of you . My awesome family and friends in UPSI .

Saranghae ! Fi hifzillah semua . Jumpa konvo bulan 11 nanti In syaa ALLAH .

*takdak airmata lagi nak lap sebab semua cam cool je hahaaa