Thursday 21 July 2016

Aidilfitri 2016 : #yoonasayangthecat #ouroharraznaufalcat #baromanjathecat balik kampung



Assalamualaikum

Masih tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada sesiapa yang sudi baca . Dalam bulan syawal lagi ni , banyak lagi rumah tak beraya . Angpau raya pun banyak tak luak lagi tu walaupun angpau join venture dengan adik sebab bajet tak cukup hahaa

Jadi kali ni nak share experience bawak anak2 bulus aku balik kampung beraya di perak . Ate kome riso le teman beraye di desa tanpa anak2 teman . Ghope hape nanti teman meghoyan terkenang anak2 teman jauh di perantauan hahaa

Sebelum puasa dah plan nak bawak je tiga ekor si yoona baro ouro tu balik raya . Jadi preparation pertama dapat gaji aku beli plastic cage . Dekat petshop rege RM65 satu . Saiz lupa lahh pula tapi muat lahh sekor kucing betina berumur setahun and muat juga dua ekor kucing jantan berumur 6 bulan lebih kurang . Yoona tu aku letak dia sekor2 je satu carrier ke cage ke pedulik lahh nama menatang tu . Baro and ouro pula satu cage lagi . Jadi dua carrier RM130 . Eden berkenan carrier jenama ape tahh yang rege RM100++ macam iklan airasia si jellybean tu tapi pendapatan tak mengizinkan jadinya berkenan je lahh hahaa

Bermula lahh kisah sehari sebelum nak balik raya malam tu dah basuh siap2 bekas pasir , penyodok taik (in case tanya aku punya yang besi ada lubang2) , bekas makanan and minuman . Bekas makan and minum tu aku beli kat daiso satu RM5.30 .  Bekas makanan tu yang ada double tu and bekas minum yang boleh letak botol air tu . Alahai dua2 tu dah tertinggal kat kampung jadi nanti lahh kalau rajin nak google gambar wa masukkan hahaa Dua2 tu bekas plastic jadi sila rajin2 basuh ye sebab nanti kucing kena jerawat bawah dagu . Jangan ingat kucing takde jerawat oke , yoona dah kena sebab tu aku concern . Nak tau lebih meh baca kat sini

Dan tak lupa juga bekas pasir kucing2 aku diy daripada container plastic tempat nak simpan2 barang tu . Sebab kucing aku semua indoor , dilarang sama sekali keluar rumah sebab risau apa2 jadi . Diy sebabnya buat lubang sendiri jenuh aku potong pakai pisau daput sampai merah2 tapak tangan . Pakai macam tu sebab nak elak bau harum semerbak hasil kumbahan mereka2 tu . Ada lahh bau2 juga tapi apa da hal . Taik kucing je kot , taik kau wangi sangat ke ??? hahaa

Oke kemudian hari nak berangkat ke desa nan permai menyambut syawal bakal menjelma , bangun sahur aku sedia makan untuk family semua , tiga2 tu pun sebok sahur gak . Jadi aku bagi dorang makan puas2 minum puas2 . Bila tengok semua dah makan minum aku terus clear kawasan makan minum dorang tu . Sebabnya nak puasakan kucing2 tu supaya nanti dalam perjalanan tak wiwi dan tak poopoo . Gila kau nak ngadap bau berak dalam kereta , pengsan wooooo .

Dua carrier dekat seat tengah exora . Aku and adik hujung2 . Bontot aku tertinggal lahh juga sebelah sebab satu bontot je kat seat hahaaa


Kitorang bergerak dalam pukul9 camtu dari pj ke bagan dato . Silapnya aku sebab si baro and ouro tak dibiasakan naik kereta lagi2 kereta ayah aku , Tipsnya kena biasakan kucing dengan kereta yang kita nak bawa dorang supaya dorang tak mabuk . Ingat kau je mabuk naik kereta , kucing pun boleh mabuk muntah2 . Jadinya baru gerak sikit je kotttttt si baro dah muntah2 . Bau memang bau tapi aku dah siap2 bawa spray wangi tu . Lap muntah dengan tisu pastu buang dalam plastik .

Ku sangkakan dah lahh tu muntahnya , si baro muntah lagi dengan pakej cirit sikit sebab mabuk and cuak . Apa lagi berbau lahh satu exora dan ayahku pun bising kata busuk . Masa tu rasa cam dah down sangat sebab my dad sangat cerewet . Kebetulan berenti isi minyak dekat damansara ke apa tah nama tempat tu , aku ngan mak keluar pergi dekat paip air memang basuh si baro and ouro tu sebab dah kena muntah and cirit . Stress aku masa tu nak nangis gak lahh sebab janji nak naik dengan adik aku balik kampung naik saga tapi adik2 aku keje lagi jadi terpaksa naik ngan ayah . Ayah aku lak cerewet habaq hanggg lagi aku stress . Dengan kucing2 aku ngiau2 nak keluar carrier , ya ALLAH stress . Jantung aku berdegup laju macam nak pecah pun ada sebab stress tu . Nasib baik mak ada membantu aku , mak lahh tolong basuh baro ouro , aku bersihkan carrier . Lap sikit2 pastu masuk carrier balik dua ekor tu . Kesian pun ada . Tahap stress aku sampai nak tinggal je dua ekor tu tepi jalan tapi kewarasan dan kehumanisme aku ada lagi , takkan aku nak tinggal anak2 aku camtu je

Lepas tu diteruskan perjalanan dengan ouro mengiau nak keluar , yoona mencakar2 carrier tu . Baro ngiau2 sikit tapi lepastu dia tak muntah dah . Ayah aku lak singgah2 mencari jubah dekat kuala selangor and sungai besar . Memang lambat and lama perjalanan tu . Aku sampai dah risau anak2 aku dah berlapar dari pukul5stgh pagi . Aku bagi gak air sikit2 masa perjalanan tu sebab carrier tu ada sekali tempat makan and minum . Pukul3 petang baru sampai bagan dato , leganya aku tak terkata . Masa sepanjang perjalanan aku memujuk tiga ekor ni bersabar dah macam apa dah , lantak lahh nak kata gila pujuk kucing sampai camtu . Surah al insyirah dengan ayar kursi memang terkumat kamit dekat bibir aku . Alhamdulillah , ALLAH permudahkan juga .


Kesian anak2 aku . Tu bekas aku isi air dah tunggang langgang dah jadinya . Boleh isi makanan juga tu

Tapi ujian aku bukan sampai di situ sahaja . Kucing2 aku dah lahh indoor , pergi tempat lain pun tak pernah melainkan yoona je sebab dia dah berapa kali dah pergi vet tapi tu pun mengamuk macam orang nak sembelih dia buat gulai . Tiga2 ekor tu jakun sebab rumah wo aku besar . Rumah kitorang kecik je . Dapat lak pintu terbuka lagi nak main kat luar tapi memang tak bagi . Lepas tu tiga2 ekor tu taknak makan taknak minum . Ya ALLAH risaunya aku takyah kata . Dah lahh 6jam perjalanan lepastu taknak makan minum langsung sebab dok observe rumah wo aku .

First thing aku ajar dorang jalan nak ke bekas pasir sebab letak dekat dengan jamban . Lepastu aku ajar kat mana tempat makan . Dah semuanya tak makan tak minum aku sampai suapkan air pakai straw sebab shringe tak bawak . Makan pula sampai bersuap tapi taknak makan pun . Lepas maghrib baru memasing mula makan sebab dah selesa dengan rumah wo aku . Jadi mummy tak risau dah .


Sesi observe satu rumah . Rumah wo dua tingkat jadi tiga2 dah buat stunt melompat dari tingkat atas . Geram je akuuuu

Lepastu biasa je lahh dorang dah oke . Ujian lagi sekali bila ada stray cat tah ada jiran punya kot datang nak ngorat yoona . Takut lahh budak tu tetiba ada mamat usha2 ngiau bukan main kuat lagi . Sampai poopoo dia bawah kabinet tapi sebelum tu tercicir juga taik dia depan bilik wo aku . Jadinya siapa yang bersihkan ? Aku lahh wehh akuuu . Kucing aku berak kencing makan minum aku lahh jaga . Yang lain buat apa ? Tukang gomol tukang buli tukang ajak main tukang peluk . Aku apa ??? Tukang bagi makan minum mandi basuh berak lap kencing muntah lap punggung mop lantai kalau mencicir taik kencingnya ............. Tapi tak pe lahh dah tanggungjawab aku nak jaga tiga ekor tu . Ohh jadinya aku lahh bibik yang bersihkan taik yoona yang tercicir . Yang lain , tengok saja tengok saja , jangan banyak bunyi lahhh *nyanyi lagu amyra rosli sikittt plisss

Kemudian aku beraya seperti biasa dan tiga ekor tu membuta grooming makan minum berak kencing main seperti biasa juga

Menempek masing2

Hari raya ketiga turn balik ke kampung belah mak aku kat lambor kanan . Sekali lagi diuji si baro muntah lagi , nasib baik berenti cuci kereta . Jadi basuh sikit2 kaki baro and ouro . Dah lah aku melawa mekap bagai kena basuh muntah kucing , nasib lahh nak oiii . Sampai je lambor kanan aku diuji lagi . Ye lahh kita menumpang rumah orang , kucing2 aku tak dibagi masuk rumah sebab dalam rumah tu ada yang asma . Oke , saya faham , Tapi dalam rumah tu juga ada bela kucing , tu i cannot brain lahh pula . Sementara tu aku lepaskan kejap bagi regang2 otot kucing2 aku . Dah bergaduh pula kucing tuan rumah dengan kucing aku , nasib baik takde luka apa . Yoona memang dah mengerang habis lahh sebab marah pastu takut . Last2 tiga2 masuk carrier balik aku tutup dengan towel taknak bagi dorang tengok luar . Perasaan masa tu ALLAH je tau , aku sampai kata jom balik rumah sekarang . Kalau aku yang drive memang aku rasa malam tu dah kat pj dah . Aku tabahkan hati , redha kucing2 aku semalaman dalam carrier kat luar beranda . Bagi makan pun dalam carrier . Malam sebelum aku tido aku keluarkan kejap bagi dorang berak kencing sebab aku memang sedia maklum waktu berak kencing dorang . Aku dah redha dah kalau pagi esok berak dalam carrier just bersihkan je lahh .


Singgah lepak carwash kejappppp lahh sangattttt

Pagi esoknya aku tengok tiga2 ekor tak berak kencing dalam carrier , bijaksana jugak lahh padahal cerewet nak berak kencing kat pasir gak . Keluar je dari carrier , tiga2 melepas . Aku bagi makan minum berak kencing semua , aku puasakan lagi sebab nak gerak balik pj dah . Alhamdulillah perjalanan balik pj smooth je walaupun ada lahh juga ouro ngiau2 tapi kalau mummy yang pujuk mesti lahh dengar kata hahaa

Tutup sikit bagi udara masuk je , jangan bagi nampak mummy nanti ngiau2 . overly attached sangat lahh malu mummy . Padahalllllll nak keluar carrier memasingggg

Jadi nasihatku biasakan kucing untuk naik kereta lahh kot . Kalau tempat kita nak tumpang tidur tu cam ada kekangan , terpaksa lahh kucing dok dalam carrier . Satu malam takpe lahh . Kalau bermalam2 molek lahh kau diy sangkar kucing . Baru berapa je pun jangan dekut sangat .

Kenapa aku tak hantar boarding je ? Kekangan duit sebab baru start keje ritu sebelum puasa , lepastu aku kesian kalau hantar boarding dok terkurung dalam sangkar je dah lahh kucing aku ni tidur nak tempat selesa je tak ditambah lagi bakal mengamuk dan merajuk , and mostly sebab risau je nak semua ada depan mata .

Tu je lahh kot cerita panjang lebar aku nak share . Ujian tu semua sikit je , baru anak kucing . Kalau anak sendiri macam mana lahh nanti . Kucing tu kalau dah selesa kau biarkan je nampak tidur main makan minum berak kencing dah lahh . Anak sendiri nanti lagi bermacam ujiannya . Semua ni aku ambik sebagai ujian , takkan nak hidup dalam zon selesa je . At least dah ada experience masa jaga anak kucing , anak sendiri nanti aku dah beringat2 . Memang lahh tak sama anak kucing and anak sendiri tapi dari segi penjagaan lebih kurang . Bagi aku lahh . Kalau orang lain mungkin tak setuju .

So thats all panjang lebar . Kbhaiiiii .

#yoonasayangthecat #ouroharraznaufalcat #baromanjathecat



Assalamualaikum .

Its been a whileeeeee since last postttttt

Nothing special cuma tengah ada wifi ni rasa nak hupdate pasal kesayangan dunia akhirat si yoona , baro and ouro , anak2 bulus kesayangan hati ambe . Walaupun anak2 bulus tu takkan dapat nak baca entry ni tapi sebagai kenangan di hari mendatang hahaaa

This is yoonaaaaaa


and this is baro and ouro


Hahaa gambar ouro baro dalam cage ni masa memula ambik dari rumah pakngah , nak ajar dorang berak kencing dalam litter box plus yoona is sooooo angry masa bawak dua ekor ni balik rumah . Yang collar merah tu ouro and collar hijau tu baro .

Asal usul nama si yoona ni sebab bulu dia cam gebus gebas macam banyak nau bulu dia macam yunnam haircare tu pastu cam along dia ni pun kpop habis jadi bagi lahh nama yoona .

Pastu si baro ni sebab nak nama kpop gak lepastu dia (sepatutnya ia hahaa) ni jantan jadi kita bagi nama baro b1a4 hahaaa Si ouro sebab masa ni tengah hot lak cerita tundukkan playboy itu , si harraz naufal tu nama kucingnya ouro jadi diturutkan kehendak adik2 bagi nama ouro .

Alkisahnya si yoona ni adik jumpa kat padang masa tengah main , saja bawak balik rumah nak gomol2 , maghrib tu letak luar kot ye lahh reti balik sendiri tapi duduk je kat luar . Jadinya sebab masa tu eden pun tak keje dok nganggur kat rumah , nak jaga si yoona ni .


Gambar first day yoona kat rumah , bukan first day pun lahh second day hahaa keciknya budak hitam ni sebab rasanya umur baru dalam 3 bulan camtu . Lepastu mak belikan litter box , penyodok dengan pasir . Mula lahh bela budak gedik ni , bagi makanan pun cam zuhud je beli seringgit2 kat kedai lepastu baru beli whiskas . Bagi whiskas cirit birit , makan berlebihan jadi along dia kerisauan . First time bawak pergi vet , ya ALLAH mengamuk dia macam nak kena sembelih je . Nasib tak rakam je sebab doktor2 semua takut nak pegang .

Then bermacam drama suka duka lahh aku dengan yoona ni , masa dia cirit birit tak bawa masuk rumah lagi kira lepas kat garage je . Malam dia cirit birit tu aku tak boleh nak tidur langsung dok risaukan dia nangis2 sendu sendan lebam2 mata aku . Alhamdulillah lepas dah kawal pemakanan dia semua sihat walafiat sampai sekarang . Tapiiiii drama itu tak berakhir di situ , lagi sekali aku berdrama dilwale ngan yoona masa dia meroyan nak kawen . First time bela kucing jadi tak banyak yang tau , aku ingatkan sakit kenapa lahh yoona ni risau kemaennnnn lepas tu baru lahh tau dia guling2 tu tengah gatal nak kawennnnnnnnn . Geram pulak lahh aku budak hitam niiii

Masa bawak ouro baro balik rumah , aku bertungkus lumus sebelum tu built sangkar untuk dorangggg . hangat pijo tangan aku dok pintal2 dawai , potong2 dawai tu . Sangkar tu dibina dari kasih sayang mummy kepada anak2 bulusnya hahahaa dibina daripada almari kain dulu masa praktikal kat melaka , takde nak guna jadi aku pasang2 dan terbina lahh mahligai kecik buat anak2 bulus kuuu hahaa


First day bawak dua anak jantan balik rumah , yoona merajuk seminggu taknak dipegang punnnn . Ni kengkonon nak kenalkan lepastu habis menjerit marahnya si yoona . Alahaiiii keciknya anak2 jantan aku ni , sekarang nak dukung dua2 pun berat hahaa


Ni dalam proses nak kenal hati budi , kalau masa first day second day tu yoona duduk kat dapur dalam bilik je . Takde lepak kat pintu depan . Lepas dah bagi dekat sikit2 sekarang bestfriend dahh tiga2 tuuuu . Yoona kalau tak nampak di mata dua ekor budak nakal tu ngiau ngiau mencariiii . Tapi diragui yoona telah melakukan hubungan terlarang dengan baro hahaaa


Sebulan dalam RM100++ juga lahh belanja untuk budak bertiga ni , alhamdulillah sekarang dah mampu nak tampung . Dulu kena minta mak , rasa bersalah lak sebab kita yang nak bela tapi mak yang keluar duit hahaa

Ohh tak lupa juga , masa memula bawa yoona masuk rumah ayah tak suka sangattttt . Sekarang dah sayang sangattttttt . Dapat lalu depan mata kena ambik dipeluk dulu , tidur pagi atau petang pun berduaaaaaa .

Ada hikmah bela kucing ni , jadikan kita semakin penyayang dan bersabar hahaa

Dan kesabaran aku teruji juga masa bawak tiga ekor ni balik kampung . Cerita bawak balik kampung tu next entry lahh ea .

Semoga ALLAH panjangkan umur kami semua untuk terus berkasih sayang selama dan sebanyak yang boleh . I cant imagine my life without my cats . Mungkin sebab terlalu sayangkan kucing sampai aku tawar hati nak kawen ???? hahaa teeeettttt

Kbhaiiiii