Saturday, 16 May 2015

Kemengarutan : When He/She Get Married



Bedah : Alhamdulillah , nak kawen dah dia .
Tipah : Siapa yang nak kawen ni ?
Bedah : Ni haa kawan aku zaman sekolah dulu , alhamdulillah nak kawen dah .
Jemah : Eh ni bukan crush kau ke ?
Bedah : Der , crush wa dua-dua dah nikah lama dah , dah ada anak dah pun .
Senah : Perghh , frust tonggeng tergolek kau kan ?
Bedah : Takde lahh , alhamdulillah bagus lahh dah nikah . Menyempurnakan sebahagian lagi iman di dada .
Jemah : Alhamdulillah , kita je belum lagi .
Bedah : InshaaALLAH , suatu hari nanti .
Senah : Yang nak kawen ni siapa pula kalau bukan crush kau ?
Bedah : *senyum buat tak tahu + kelat + liat + lap hingus*

Alhamdulillah , tahun ni banyak perkhabaran tentang pernikahan . Kan sapa tu apa nama dia tah nasihat kahwin sebelum GST dilaksanakan April 2015 nanti . So alhamdulillah , dah dapat beberapa invitation kahwin dah tahun ni .

Tapi ada sorang kawan ni tanya , dia dapat invitation dari ex-bf dia masa zaman sekolah dulu *which now alhamdulillah and inshaaALLAH dah bertaubat* and dia tanya macam mana nak react bila pergi majlis tu nanti .

As for me , belum lagi encounter pasal ni sebab pergi wedding crush pun pernah sekali je which is my uncle *gila kan crush kat pakcik sendiri , nasib baik tak boleh kahwin* , just act cool and doakan yang terbaik . Dah sampai jodoh dia , takkan kita nak melara hati ? Pasghah beseghah gheda je lahh kan .

Dan takkan kau nak buat drama apa tu sebenarnya dia suami aku ke ape tah tajuk drama tu dekat wedding dia , tak ke malu meghoyan pula kau kat situ . Kita muslimah , ada maruah , ada harga diri . Takkan nak tunjuk dia tu dulu ex-bf . Jangan ! Kita tutup aib kita dan kita tutup aib dia . Apa pula kata isteri dia nanti .

Teringat pula my aunt cerita my another aunt ni dulu pun encountered this situation . Tengok gambar senyum je masa pergi wedding lelaki tu , tapi mak my aunt which is opah sedara cerita , masa dalam kereta dia nangis . Walau setabah mana pun seorang perempuan tu , dalam hati dia menangis . Perghh .

Dan teringat pula dialog drama Ariana Rose .

Ariana : You akan attend wedding I , kan ?
Harith : Did you expect me to attend wedding gadis idaman I dengan lelaki yang dia tak cinta ?
Ariana : *diam*
Harith : I akan cuba , tapi disaat seorang wanita tersenyum menghitung tarikh persandingannya , ada seorang lelaki sedang menangis .
*muntah hijau warna-warni*

So , tabahkan hati dari saat ini tika ini sampai masa pergi ke perkahwinannya dan banyak-banyak berdoa kepada ALLAH semoga perkahwinannya diberkati dan kau pun cepat-cepat kawen .
*kejap cari lagu kat youtube*
*tak jadi sebab sadis sangat , cari lahh sendiri dekat youtube*

Kbhai , wassalamu'alaikum .

*entry berzaman dari tahun 2014 kahkahh sekarang dah A B C D GST
*Tetiba terasa nak makan lauk kenduri kawen
*Banyak dapat invitation tapi tengah final T-T
*Amende cite ariana ross dah lama der !!! Sekarang pemes Hati Perempuan oiiii

Monday, 13 April 2015

2015 First Vacation : Sunway Lagoon


Assalamualaikum .

Its been a while tah berapa bulan dah tak update blog . Perghh final year kata ko dengan kulihat sinar konvo tu samar-samar je tapi sekarang hampir mewangi  *motip??* ahahahaa

Walaupun of course busy dengan assignment , thesis , presentation , bla bla blaa , sempat juga pergi berjimba ke Sunway Lagoon Waterpark . Last minit punya decision sebab dok pikir banyak benda tak siap *nangis* Pastu bila dah jumpa sinar cahaya thesisku , bolehlah released seteghes kejap pergi Sunway Lagoon . Alang-alang ada promotion RM40 hari selasa first week setiap bulan sempena 40th anniversary , apa lagi suruh lahh dak fawa belikan tiket sebab noob gila CIMB Maybank tade nak buat online purchase . Beli tudung pakai BIMB ahahaa

Tapi sebab beli pun 1st April , kita pun kena lahh A B C D GST ahahaa jadinya RM42.40 , GST 6% .

Jadi bermulalah short vacay ke Sunway Lagoon dengan Irma , Atie , Fawa and ada lagi tiga orang kawan dia , Ana , Kak Yaya and Qis . Gila tak excited keluar rumah naik bas pukul 8 setengah . Sampai sana sesat nak cari pintu masuk tak tahu , padahal semalamnya pergi Sunway Pyramid dolandolan juga ahahaa Ehh kitorang pegi 7th April 2015 . Lepas tu exercise sekejap mencari pintu masuk Sunway Lagoon . Dah sampai pun bukan boleh masuk sebab pukul 10 baru buka ahahaa Jadinya kitorang wefie sambil tunggu dak fawa .

Kitorang masuk SL dalam pukul 10.15 am camtu . Masuk tu dok mencari nak naik roller coaster lahh nak main flying fox lahh . Pas dah settle pergi hantar beg kat multi use locker 43 hengget bayau nya , kitorang dok nak cari roller coaster . Tapi nampak Tomahawk dulu . Ni haa Tomahawk ahahaa


Source here

Mula-mula macam alahh dah datang gila tak merasa naik , dah naik macam orang gila menjerit . Gila kau safety kat pinggang takde , dapat orang kughus macam aku ni rasa boleh terkeluar dari tempat duduk pastu tergolek-golek dalam sangkar tu . Imagination memang Final Destination sangat . Menjerit tak yah kata lahh memula dok jerit nama Irma sebab dok sebelah dia , pastu panggil Mak . Tersedak mak kat rumah ahahaa Dia memang akan berhenti 180 darjah tu , tu yang rasa nak terkeluar dari tempat duduk . Buat kata fawa , bontot tak cecah seat . Nak katanya , kalau rasa tak kuat semangat tak yah lahh naik tapi rugi tak naik dah masuk SL ahahaa

Lepas tu aku dah pening-pening dinasour lepas dah naik Tomahawk yang rasa nak terbelahak , dapat pula pagi tu makan nasi lemak , perghhhh kuat lagi rasa aku nak muntah ahahaa

Dah naik tu , kitorang naik tangga pergi lalu dekat jambatan gantung . Tak boleh blah nya dah pening-pening dinasour naik Tomahawk , kau pergi jalan kat jambatan gantung tu . Lagi kuat isi perut aku nak keluar sebab goyang-goyang . Tak dapat na fefeeling naik jambatan gantung . Kuangsam betul kepala tak tahan pening hahaa

Selendang purple tu tunggu masa nak muntah je ahahaa


Konon lepas lalu jambatan gantung nak main flying fox , sekali kepala ku tak mengizinkan . Ada nanti yang merasa hujan muntah dari atas ahahaa Tapi paling tak boleh blah diceritakan oleh Fawa and Irma , nak naik flying fox gumbira-gumbira , sekali kena raba dengan bangla ahahaa Rasa nak sepak je bila dengar tu , ada hikmah rupanya aku tak main flying fox . Tak kesah lahh kalau nak betul-betulkan benda pakai nak main flying fox tu , ni siap tangan landing kat peha sebab nak suruh rapatkan kaki , memang rasa nak bagi kaki je kat bangla tu . Panas lak hati aku ahahaa

Dah puas main extreme , pergi scream park lak . Memula masuk Rumah Hantu , bajet cam seram sangat tapi banyak terkejut je . Aku of course pandang bawah je , tapi dok gelak sebab kelakar dengar orang menjerit . Tapi rasa annoyed gila bila ada group ni bebajet jerit takut sangat padahal saje je . Terhapus sudah mood aku , annoyed memanjang dari masuk sampai keluar ahahaa Part World War Z je mata aku dok tengok zomba-zomba tu . Macek cleaner punya zomba paling kelakar ahahaa And of course , THEY ARE NOT TOUCHING the people . Kalau touching , kau silatkan aje hahaa

Alang-alang belum zuhur , pergi naik roller coaster lak . Bajet alaa amende lahh roller coaster bukan ada pusing-pusing macam Running man pun , kejap je pun tapi menjerit gak lahh naik sebab rasa tertinggal jantungku di belakang hahaa Laju gak lahh , best , daebak hahaa disebabkan ramai orang tade lahh naik lagi sekali huhuu

After zuhur , plan nak naik ATV lak . Lama gak beratur tunggu nak naik dengan panasnya . Tapi as a beginner , best naik ATV tu . Extreme gak jalan dia walaupun kejap . Lagi-lagi aku ni moto pun boleh dikira dengan jari berapa kali bawa setahun hahaa memula takut gak lahh tapi tade mende . Paling kelakar tengok Irma dok tahan dengan kaki masa naik ATV . Irma , tu bukan moto Irma oii hahaa orang naik moto memang dah terbiasa heeee

Masuk gambar second vacation hahaa

Dalam pukul 2 lebih kot pas main ATV , baru start main air . Pergi masuk kat amende tah namanya kolam air tu , siap ada DJ main lagu . Dah macam hape dah dok melompat heee Exercise dalam air , bukan melagha sangat hahaa Dah siap basah-basah , dapat pakej hujan pula . Kitorang decide pergi masuk Waterflexx 5D . Kira tengok wayang 3D siap kerusi goyang-goyang and pakej kena sembur air angin semua hahaa Dapat lak dia bagi kengkonon main slide , siap masuk tempat ada ketam lahh dinasour lahh , mermaid pastu tengkorak bagai . Basah balik dok dalam tu huhuu

And last but not least , pergi main slide for real . Merasa lahh dua kali punya slide . Tapi lagi sekali aku annoyed dengan anak mat salleh ni suka hati potong que pastu nak potong que aku . Memang kena jeling-jeling lahh . Jangan kau ingat tudung labuh ku sabarku pun labuh gak ahahaa Penat beratur nak potong que memang nak mendapat dengan aku . Berhujan lagi main slide . Oke lahh sebab biasa dah main slide ni , janji pelampung ta yah sewa hahaa Tak dapat nak main Vuvuzela sebab ramai gilos orang beratur . Next time maybe , nak merasa Vuvuzela ngan flying fox .

And lastly , pergi tukar baju , solat and balik . Singgah jap lahh kat Pyramid makan Dip n Dip . Berjerawat sudah dahiku dua hari beturut-turut makan coklat hahaa

So , I is wanna go Sunway Lagoon lagi . Next vacay dengan adik-adik lak InshaaALLAH heee

Dah , enough vacay , jom fokus thesis and assignment . Ohh my final year . Tashabar nak graduate , nak keje , nak ada duit nak belanja family and kgkawan and of course nak kawen ahahaa kbhai !!

#takbanyakgambar #keepinmemorykatanya

Ada sambungan kat sini hahaa

Sunday, 7 September 2014

Two Months



Assalamualaikum .

Hey you alls , lama i olls tak merepek meraban dalam blog ni . Almost perghh two months . Kena pula dengan title entry hahaa


Alhamdulillah , dah dua bulan bergelar guru pelatih di SMK Bukit Katil , Melaka . Alhamdulillah , dah dua bulan dipanggil Cikgu Intan . Tade lagi yang panggil Cikgu Bori sebab tidakku sebarkan nickname kpop tu hahaa gilos kau pakai tudung labuh macam ustajah tapi ada nickname kpop . Spoiled hahaa

Walau bagaimanapun , permulaan latihan mengajar tidak seindah yang dibayang . Hari first diuji dengan berita sedih kehilangan adik baby yang dinanti-nanti . Ada dah full story pada entry before ni . Bila diuji sebegitu dari awal lagi , memang menggagahkan mental dan fizikal menghadapi pelbagai ujian lagi-lagi kerenah murid . Biasalah bebudak , kita dekat sekolah dulu pun nakal juga hahaa

Memang kalau ditanya memori latihan mengajar setakat ni , dari awal dah diuji sebegitu . Tapi apalah sangat ujian ni kalau nak dibanding dengan orang lain . ALLAH baru uji sikit , jangan bagi lembik ! Alhamdulillah , everything happened memang ada hikmahnya .

Saja dicoretkan malam ni , dok scroll timeline , begenang jap air mata rindu kat arwah baby fiya . Tu je motip sebenarnya kihkihkih

Still have two months to go . Syllabus tak habis lagi ni , ottokae ?!

Rabbi yassir wala tuassir . I love the school , the teachers , and mostly the students . May ALLAH protect them .

14072014 - Intan Syafiya binti Anuar
14072014 - Latihan Mengajar SMK Bukit Katil Melaka

xoxo ,

Cikgu Bori , ehh bukan . Cikgu Intan Gemilang Terbilang Pertiwi Merdeka Lahirnya sebuah cinta hahahaa

*Alhamdulillah 22 years old . Nak kahwin !!! Duit takdak !!!!!!!!!!!! kbhai !