Sunday, 7 September 2014

Two Months



Assalamualaikum .

Hey you alls , lama i olls tak merepek meraban dalam blog ni . Almost perghh two months . Kena pula dengan title entry hahaa


Alhamdulillah , dah dua bulan bergelar guru pelatih di SMK Bukit Katil , Melaka . Alhamdulillah , dah dua bulan dipanggil Cikgu Intan . Tade lagi yang panggil Cikgu Bori sebab tidakku sebarkan nickname kpop tu hahaa gilos kau pakai tudung labuh macam ustajah tapi ada nickname kpop . Spoiled hahaa

Walau bagaimanapun , permulaan latihan mengajar tidak seindah yang dibayang . Hari first diuji dengan berita sedih kehilangan adik baby yang dinanti-nanti . Ada dah full story pada entry before ni . Bila diuji sebegitu dari awal lagi , memang menggagahkan mental dan fizikal menghadapi pelbagai ujian lagi-lagi kerenah murid . Biasalah bebudak , kita dekat sekolah dulu pun nakal juga hahaa

Memang kalau ditanya memori latihan mengajar setakat ni , dari awal dah diuji sebegitu . Tapi apalah sangat ujian ni kalau nak dibanding dengan orang lain . ALLAH baru uji sikit , jangan bagi lembik ! Alhamdulillah , everything happened memang ada hikmahnya .

Saja dicoretkan malam ni , dok scroll timeline , begenang jap air mata rindu kat arwah baby fiya . Tu je motip sebenarnya kihkihkih

Still have two months to go . Syllabus tak habis lagi ni , ottokae ?!

Rabbi yassir wala tuassir . I love the school , the teachers , and mostly the students . May ALLAH protect them .

14072014 - Intan Syafiya binti Anuar
14072014 - Latihan Mengajar SMK Bukit Katil Melaka

xoxo ,

Cikgu Bori , ehh bukan . Cikgu Intan Gemilang Terbilang Pertiwi Merdeka Lahirnya sebuah cinta hahahaa

*Alhamdulillah 22 years old . Nak kahwin !!! Duit takdak !!!!!!!!!!!! kbhai !

Saturday, 19 July 2014

Takdir ALLAH



Assalamualaikum .

Alhamdulillah , semua umat Islam sedang memasuki 10 Ramadhan yang terakhir . Moga kita semua perbanyak dan tingkatkan ibadah di 10 Ramadhan terakhir ini.

Guess that this Ramadhan will never be the same as before . Kalau dulu sibuk buat kuih raya , mak pula sibuk menjahit baju raya . But it will never be the same this year .

Pagi ahad lepas , 13 Julai 2014 , mak diarahkan untuk masuk wad , prepare untuk bersalin sebab mak ada darah tinggi . Memang pagi tu dah berdebar risau juga , message mak tapi mak tak reply . Kita ni pula internet tak hidup dekat hp , mak ada whatsapp bagitau dah masuk wad .

Lepas tu , tengah hari nak dekat zohor mak reply message . I just wanna know that mak dah masuk wad je tapi terima perkhabaran yang sedih sangat . Maybe masuk je wad tu doktor check mak head to toes , but bila check perut , adik baby dalam perut dah tak begerak . Adik baby meninggal dalam perut . Puncanya sampai sekarang tak tanya dekat mak sebab tak nak mak sedih .

Memang sedih lahh , terus whatsapp Ira (adik perempuan) bagitau yang adik baby dah takde meninggal dalam perut . Dalam pada tu memang doa sangat takde pape , tapi kami semua kena redha terima kenyataan adik baby dah takde . Along dia teriaq tak habis . Kalau Along pun dah teriaq gitu , mak ayah mesti lagi sedih .

Malam tu dalam 11.45 pm ayah call tanya mak ada whatsapp tak . Kata lahh ada . Lepas tu suara ayah tetiba sebak . Ayah tanya tau tak baby dah takde . Kita ni terus teriaq tak boleh nak teruskan bercakap , lepas tu gagahkan juga dengan suara itik sebab menangis tu kata tau . Ayah tanya nak balik rumah atau tak . Mengenangkan balik rumah tu lagi kuat nak teriaq sebab esoknya baru nak start latihan mengajar . Mak pun tak bersalin lagi so tak boleh nak buat keputusan macam mana .

Malam tu tidur lahh dalam kesayuan dan kesedihan . Sedih sebab tak dapat merasa adik baru and sedih mengenangkan mak ayah yang lama menanti cahaya mata baru .

Esoknya 14 Julai 2014 start latihan mengajar dekat SMK Bukit Katil . Terpaksa tabahkan diri tahan nangis pagi tu walaupun bangun tidur masuk bilik air terus nangis . Nasib baik lahh pakai cermin mata so bengkak mata tak nampak sangat pun . Pagi tu whatsapp mak bagitau nak start mengajar dah . Bagitau juga ayah tanya nak balik atau tak . Mak pun kata takpe lahh , mak oke je . So last2 memang tak balik lahh decisionnya .

Malam tu , jam 8 lebih , mak selamat bersalin normal dengan bantuan ubat . Baby girl . Mak kata comel orangnya . Ayah pun ada call jam 9 lebih bagitau mak dah bersalin baby girl , semua dah selamat dah . Tinggal nak buat ujian , mandi then kafankan . Ayah tanya nak bagi nama apa , so lepas tu whatsapp ayah bagitau nak bagi nama Intan Syafiya . Ejaan lain sikit tapi Syafiyyah nama isteri Rasulullah , so decided nak bagi nama tu dekat arwah adik baby .

Lepas tu whatsapp dengan Ira lagi tanya pergi hospital tengok mak atau tak ? Ayah , Ira , Syila and Syaril (adik juga) pergi hospital malam tu tengok arwah adik baby . Syarul and adik Syamil (2nd bongsu and adik bongsu sekarang ni) tinggal dekat rumah dengan nenek and mak su . Disebabkan Along dia tak balik rumah sebab Melaka 15 Julai takde cuti Nuzul Quran , minta lah gambar arwah adik baby pada Ira . MashaaALLAH , comel sangat ahli syurga sorang ni . Betul kata mak , arwah adik baby comel . Teriaq lagi Along dia malam tu .

Tambah teriaq bila Ira whatsapp bagitau adik Syamil nangis . Kesian adik sebab dia paling excited bila part nak bagi nama untuk arwah adik baby . Dia paling suka nak bagi nama Syazwan , Along dia nak nama Syabil , Ira nak nama Syah Umairah tapi Syafiya tu pun Ira yang bagi juga . Bila ingat balik time kitorang dok gaduh-gaduh manja nak bagi nama untuk arwah adik baby , memang tambah sedih lahh . Mak senyum je masa time tu .

Esoknya 15 Julai 2014 , pagi dalam jam 8 lebih arwah baby fiya selamat dikebumikan berdekatan pusara arwah atok dekat Kg. Lindungan . Mak masih dekat wad pagi tu , petang tu mak dah keluar wad . Mak dapat tengok sekali je arwah baby fiya , tu pun sedar tak sedar sebab habis tenaga meneran . Malam tu mak minta nak tengok gambar arwah baby fiya . Nurse kot dah bagitau Ira masa ambil gambar nak bagi pada Along dia ni , jangan tunjuk gambar tu pada mak . Ye lahh Along dia tengok banyak kali pun teriaq , ape tah lagi mak .

Alhamdulillah , walaupun dah beberapa hari berlalu , kami semua redha . Seorang ahli keluarga kami dah gembira bermain di syurga . Tak sabar nak sambut mak ayah di syurga nanti . Gembiralah baby fiya di sana sayang , sambut mak ayah di syurga nanti .

Hanya doa yang mampu supaya mak ayah tabah . Bila dikenangkan mak berpantang sorang-sorang tanpa baby di sisi , memang sedih . Takpe mak , dua tiga tahun lagi inshaaALLAH ada rezeki Along bagi baby untuk mak . Tu pun kalau Along cepat kahwin hihiii


Al-fatihah .
140714 - Intan Syafiya binti Anuar
170714 - MH17
#PrayForGaza #PrayForUmmah

Message mak malam tahun baru 010114

130714

Saturday, 24 May 2014

Khilaf


Bedah : Weyhh , cekelat tu haram . Jangan makan !
Peah : Alhamdulillah , dimulakan dengan selawat salam dan doa . Tapi , awat semua macam seksa ?
Joyah : Pembaziran , pembaziran . Padia padia panda semua ni ?
Melah : Marilah kita bertaubat , pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka sedagha sedaghi semua .
Timah : Aamiin .

Assalamualaikum .

Pfftt macam annoyed je conversation makcik-makcik kat atas ni tapi its kinda isu semasa right ? Don't deny , nehi nehi nehi hae .

Aku akui lahh aku bukan orang yang layak pun nak komen ke apa tapi sebagai kesedaran untuk diri sendiri .

Perghh siapa tak terkilan , non-muslim datang event covered aurah properly but the muslim itself macam banyak nor kain yang tak cukup .

Perghh siapa tak terkilan , syok beli cekelat dari dulu sampai laa ni , tapi sekarang sudah terang lagi bersuluh dah dinyatakan HARAM . Semua dok kecoh naa , share , update , post semua tanpa henti . Dah jadi darah daging , hanya taubat yang mampu dilakukan . Moga ALLAH terima taubat , dan kita bertaubat sebenar-benar taubat .

Perghh siapa tak terkilan , ribu riban juta jutan dibelanjakan untuk seekor makhluk ALLAH yang sangat comel , can't deny nobody not that excited to welcome it tetapi gejala maksiat jenayah meningkat . Jangan meningkat ribu riban jumlahnya sudah .

Jangan nak dok tunding jari pada orang lain , diri sendiri pun macam tu .

Sanggup belanja untuk benda yang tidak berfaedah , sanggup guna masa yang selalu dikatakan tak cukup untuk tonton drama korea sampai nangis-nangis . Sanggup tu , sanggup .

Hari-hari memang muhasabah diri , tapi selalu mencari alasan sendiri supaya boleh kata " Ala , takpe lahh . Boleh tu buat . takde hal lahh tu" tapi dalam hati dok dilema "ALLAH redha ke tidak ni ? Aku ni nak kejar redha ALLAH tapi macam dah kejar duniawi ni. Ajal maut mana tahu lagi , esok lusa pun boleh mati" then start doing the things yang dok dilema tadi dengan berkata "takde hal lahh"

It just , I pray myself lepas ni kuat meninggalkan : Cadbury , melagha melayan drama korea berjam-jam , berjoget bersuka ria melayan lagu korea sambil cuba menghafalnya tetapi desire nak hafal ayat al-Quran bergunung tinggi , effortnya takde. I pray myself sooo hard so that I'll spend my time wisely with doing useful things .

Tipu lahh bile dalam hati dah rasa ALLAH tak redha ni dengan apa aku buat tapi then cari dalil fatwa nasihat hadis semua , lepas tu jumpa yang macam "eh takpe , dia buat so aku boleh lahh buat" part was-was ALLAh tak redha tadi tu lupa dah . Niat tak menghalalkan cara . Air arak walau dicampur dengan sirap tetap haram . Nak dikiaskannya tu lahh , manusia sentiasa mencari asbab untuk menghalalkan caranya bila dia sendiri dah rasa ALLAH tidak redha dengan apa dia buat . Ada unsur syubhah dekat situ . Tapi still , masih chillax goyang kaki makan koci mengadap lappy dengan senang hati walau dalam hati masih bermuhasabah diri , alhamdulillah masih ada iman di hati .

Everything we do lillahi ta'ala . Based on Muhammad Anas al-Zarqa (1992) dalam model penggunaan Islam , if there's no niat in the thing we do , so there's no pahala . If we're niat doing it in good purpose with good niat , we'll gain pahala . But if we're doing it with good niat but harmful to others , we'll be in sin . Boleh lahh google sendiri model penggunaan Islam Anas Zarqa ni .

Seek forgiveness from Him . We're always in khilaf . May ALLAH give the opportunity for us to repent from all the maksiat we do , we say , we see , we eat and we wear .

Lailahailla anta , subhanaka inni , kuntumminaz dzalimin .

Source : Aliza Kim's fb via Sayings of the Scholar's fb