Friday 14 March 2014

Air Ukhwah 3


Assalamualaikum .

Alhamdulillah dah semester 6 dah tahun ni . Walaupun result semester lepas macam tu je tapi semoga tidak mematahkan semangat untuk belajar sem ni .

Early of semester 6 kinda dimulakan dengan must-do-activity of AT14 ISMP Matematik .

Kemain kau semangat plan dari semester lepas and the sudden agree tu memang menjadikan sesuatu aktiviti kitorang menjadi .

Jam 3.30 pagi *plus minus*  bertarikh 1 Mac 2014 kami semua , seramai 16 orang , 5 lelaki 11 perempuan bertolak dari bumi tanjung malim menuju ke Rembau Most Wanted Yaww , Nogori Sombilan , menaiki 4 buah kereta . Alhamdulillah usai subuh kami sampai ke Ghombau and solat subuh sebelum bertolak ke kaki Gunung Datuk untuk ditawan *gittew*

About 7.45 am cenggitu after stretching cari parking bagai sebab quite ramai orang daki gunung tu , kami 14 orang ditemani 2 orang abang Ain maka kami gigih tabah berseghah kepada ALLAH daki gunung setinggi 800++ meter or 2900 kaki tu . Memang ketaq kaki wa habaq sama lu beb , belum setengah jalan pun memang dah give up dah , memang kata nak turun dah , tapi with support dari kawan-kawan semua , ku gagahi gunung didaki .

Sangat-sangat berterima kasih kat Ain walau dari atas dok kata "Chaiyok Cik Bori!!" , Fawa tanpa jemu menghulur tangan bantu budak tak cukup organ ni mendaki , Nabil yang setia menggalas beg sampai ke atas walau tahu memang berat , Erma and Ifah yang walau terkadang hilang dipandangan , tapi setia ada dihadapan , and mostly bapak kami , Talib yang tanpa jemu menemani anaknya ni walau memang lambat sangat mendaki . Tak lupa pada abang Ain yang baju hijau *tak tahu nama hahahaa* yang walaupun memang nak cepat sampai atas tapi tanpa jemu berkata " Takpe , slow-slow tapi terus mendaki" , and also the others yang yeksaited hebak daebak gila sampai puncak lelaju macam naik escalator .

Dalam 2 jam cenggitu dengan kelajuan diri sendiri membawa diri sehelai sepinggang , alhamdulillah selamat mendaki hingga ke puncak . Sepanjang nak naik tu memang dah berair mata , memang rasa nak nangis sebab nak sangat sampai puncak , and rasa bersalah pada yang menunggu kita sampai akhirnya berjaya mendaki sampai ke puncak . Never imagine sebab memang dah kata nak naik sampai mampu je heee

Sampai ke puncak senyum dia sampai ke telinga , kengkonon rasa nak nangis memang tak nangis dah . Subhanallah pemandangan sangat menakjubkan , ciptaan ALLAH Yang Maha Kuasa , sangat cantik . Dengan angin kencang tapi sejuk and mendamaikan . Hilang segala penat perih sedih masa mendaki , just like that hilangnya .

Muka semua yang macam nak pitam lahh apa lahh masa mendaki memang terus hilang , seronok tengok kawan-kawan semua happy and bersyukur dah sampai puncak . Eden ni jungle tracking pun tak pernah join sebab tak cukup organ , tapi kali ni berkat izin ALLAH , sokongan kawan-kawan dan usaha apa ada , sampai juga ke puncak . Lepas ni bolehlah pergi Bukit Broga , macam ada orang nak bawa je hahaa

Then dalam nak dekat sejam kat puncak , kitorang turun balik . Seronok memang seronok tapi kat situ kurang safety . Memang izin ALLAH lahh tu selamat mendaki and selamat turun .

Alang-alang dah penat , petang tu memenatkan diri lagi pergi Wetworld Pedas pula . Sebenarnya dah pernah pergi dengan aunt cuma tak ingat tempat , so biasa je lahh . Bayar pun RM12 so just santai-santai main air macam tu je . Nak fefeeling extreme main air pergi A Famosa ke , Sunway Lagoon ke , Lost World of Tambun ke hahaa Kitorang pergi sungai pun memang yeksaited apetah lagi pergi Wetworld hahaa

Then malam tu semua membongkang tidur sebab masing-masing sakit kaki sakit badan semua , dah daki bukit main air lagi . Memang hari penat sedunia kata ko .

Esoknya , konon janji jam9 tapi 9 lebih juga baru gerak , biasa lahh perempuan , bersiap pun lama , toilet satu tapi nak kongsi 11 orang , kemas-kemas homestay makanya lambat lahh juga *maap ye namja-namja 5 orang kat hotel tu hahaa* So kami semua bertolak pula ke destinasi terakhir kami ke Zoo Negara .

Jangan diingat semua yang memang dah layak jadi mak bapak orang tak yeksaited nak pergi Zoo . Gilos yeksaited tapi penat lahh sebab dah penat semalamnya , terus berjalan pusing Zoo tengok macam-macam makhluk ciptaan ALLAH . Dari sekecik-kecik katak sampai sebesar-besar gajah hahaa Paling yeksaited mestilah jumpa girin hahaa Then before balik tengok animal show , comel gila anjing laut , lepas tu dengan ada bear cat , bela sekor best ni hahaa

So the things is memang aktiviti tu best , most important is ukhwah antara kitorang . Tak dinafikan walau dah 5 semester bersama , tipulah kalau takde yang terasa tersentap tacing . Jauh disudut hati mesti ada , tapi mengenangkan ukhwah itu manis dengan redha ALLAH , semua tu hilang macam tu je . Ukhwah fillah .

Mungkin dari pihak diri ni sendiri ada salah silap , banyak menyusahkan , mungkin adakala termengambil kesempatan tapi mohon moga dihalalkan . Semuanya akan dibalas dengan redha dan rahmat ALLAH .

Tak kira berapa banyak Air Ukhwah pun , setiap hari bersama masih tetap dengan ukhwah yang dibina .

Oke enjoy the pictures , moga ALLAH redha .





Baru warm up je ni .

Daki terus mendaki . Muka eden dah putih pucat lesu pegang pinggang tanda tak larat .
Yang lain kurang gambar masa daki sebab naik cepat macam naik escalator .

Oke foine ! Ni nak mendaki ke bergambo ni hahaa Eden tak larat nak bergambau dah hahaa

Alhamdulillah dah sampai dengan selamat . Everyone with their own way hahaa
AT14 ISMP Matematik berjaya menawan Gunung Dato
The view
Ni tapak kaki sapa tah , katanya Hang Tuah . Wallahualam , tak tahu heee
Betapa aku tergapai-gapai nak pegang kuda kpop ni hahaa
Rusa comel yang tah berapa tangan dah pegang dia hahaa

Motip sebenar pergi zoo . Tak dapat jumpa gwangsoo , girin pun boleh . Fell Chok Cross !
Saranghae hahahaa

#Lain-lain gambau untuk simpanan kami semua . Cukup lahh tu hahaa . Kbhai !