Wednesday 31 July 2013

Thoughtful Wednesday - Afraid of . . .


Assalamualaikum .

Just a quick update from me , a very sinful servant of ALLAH . July is near to end , same goes to Ramadhan Kareem . May we will not waste this opportunity to increase and level up our 'ibadah , seek for His bless and may we all meet the Lailatul qadar . Aamiin .

It just I'm afraid of something . Nak katanya , takut pada attitude diri sendiri . Ye lahh , pandai cakap , buatnya tidak . Sangat takut bila cakap tak serupa bikin . Rasa macam diri ni hipokrit .

Hari tu , tengok lahh kejap drama Nyamuk Tak Berdosa tu . Yang ayah dia tu , Kamal Adli tu , pandai cakap suruh anak tutup aurat , tapi time dia basuh motor tu , nampak lutut . Lepas tu , anak dia tu tegur lahh kata kenapa tak tutup aurat . Memang lahh kelakar part yang dia kata takkan nak pakai tudung juga , tapi macam tak serupa bikin lahh dia tu . Nasihat orang , tapi diri sendiri tak praktikkan .

Kalau bab ni , rasanya diri ni lagi banyak kot . That's why I think , lebih baik mendiamkan diri . Arghh macam complicated je issue ni .

Tu lahh nak katanya , sangat takut pasal ni . Macam menghantui diri sendiri . Pandai cakap , buatnya tidak or pandai cakap , tapi istiqamahnya tidak . Something like that .

While I'm belek-belek buku hadis tebal gedabak yang jarang nak diselak tu , I found this hadith .

Abu Zaid , nama sebenarnya Usamah bin Zaid bin Harithah melaporkan , "Saya mendengar Nabi Muhammad menjelaskan , 'Pada hari kiamat , datang seorang lelaki yang kemudian dicampakkan ke dalam neraka , lalu terkeluar ususnya . Terus dia berputar-putar pada ususnya sebagaimana keldai berputar-putar mengelilingi lesung pengisar . Penghuni-penghuni neraka berkumpul di sekelilingnya dan bertanya , 'Kenapa dengan kamu ? Bukankah dahulu kamu suka menggalakkan orang berbuat baik dan melarang mereka berbuat jahat ?' Lelaki itu menjawab , 'Benar, saya dahulu menggalakkan orang berbuat baik , tetapi saya sendiri tidak melakukannya dan saya melarang orang berbuat jahat , tetapi saya sendiri melakukannya'." - Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim .

Dan ALLAH menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 44 ,

"Patutkah kamu menyuruh manusia melakukan amalan baik , sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri . Padahal kamu semua membaca kitab ALLAH . Tidakkah kamu berakal ?"

Dalam surah As-Saf ayat 2 hingga 3 , ALLAH berfirman , maksudnya ,

"Wahai orang yang beriman , mengapa kamu mengucapkan sesuatu yang kamu tidak lakukan ? Terlalu besar kebencian ALLAH , sekiranya kamu berkata apa yang kamu tidak lakukan"

Makanya , dalam kita nak nasihat orang , kita pun kena buat . Laksanakan amal makruf nahi mungkar .

Moga ALLAH redha dan permudahkan .

Cc fb kot hee ~


*Rujukan dari Riyadus Solihin : Taman Orang Soleh

Thursday 25 July 2013

Pray The Dream Came True


Bedah : Yesterday I'm dreaming . How I pray the dream came true .
Joyah : Mainan syaitan je semua tu .
Limah : Choii , bulan Ramadhan ni kau . Syaitan kena ikat lahh .
Joyah : Ohh my bad .
Melah : Usaha lahh supaya your dream came true .
Tipah : Yup , doa pada ALLAH .
Bedah : Lahh , sebab tu kata aku doakan mimpi tu jadi kenyataan .
Girls : K .

Assalamualaikum .
Ohaiyo minna *still into anime lagi* Astaghfirullah , bulan Ramadhan ni , kan ? Ahlan wasahlan ya ukhti wa akhi . Trimas masih sudi melayan cik bori meroyan merepek dalam blog ni . Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk beribadah di bulan Ramadhan yang mulia . Sebulan setahun je dapat bulan mulia ni . Belum tentu ada Ramadhan yang seterusnya buat kita *ingat tu cik bori oii , jangan na into anime sangat*

Impian . Mimpi . Angan-angan . Berbeza , macam sama tapi bukan dia . Semua orang ada impian . Ni bulan syawal ni , dah dapat invitation majlis perkahwinan , pertunangan pun ada kot maybe . Barakallah semua . Haih , cik bori ni je belum lagi nak menjemput . Kenapa ? ALLAH belum izinkan lagi . Banyak lagi lack sana sini cik bori ni . Tu , anime tu salah satu lacknya . Ni kalau kawen ni , entah dah ada anak dok melayan lagi . Naruto tu , baru 300 episod . Detective conan , entah bila conan tu nak jadi sinichi . Bleach tak habis tengok lagi , one piece , fairytail , tak tengok lagi . Astaghfirullah . Maap lahh encik bakal zauj , tahan lahh perangai zaujah awak ni nanti . Muahahaa

Oke , sudah . Dah masuk zauj zaujah tu , tahu lahh kan apa maksud cik bori meroyan merepek ni . Hahaa *cute evil laugh* Nak buat macam mana , tiap kali sahur ayah buka Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias . Kita sambil makan , sambil resap talk Ustaz Kazim . Semat kuat-kuat dalam hati *kemain*

Semua ada impian nak kawen . Semua ada mimpi berkahwin . Semua dari kecik angan-angan nak kawen *kahwin=kawen=kahwin , ahh sama je* Tu , masa kecik-kecik dulu , main kawen2 , ntah berapa kali 'kawen' . Siap kita dulu kena usik nanti ada green carpet dari rumah opah ke rumah yang konon nak di'kawen' tu . Wonderful life as a child , lagi-lagi duduk kampung .

But semakin dewasa , semakin akal kita jadi matang . Fikir , plan , nak ada grand wedding ala-ala dalam taman , ala-ala arabic style , gaya retis kemain . Tapi yang difikir tu , masa walimah . Ni sebelum walimah , sebelum akad , and most importantly kehidupan selepas dah sah bergelar suami isteri . Banyak tanggungjawab .

Sebelum bernikah , tak tahu lahh ramai ke tapi maybe lahh ada yang just sibuk planning nak siap baju , mak andam , pelamin , rumah renovate sikit , kad jemputan lagi . Pheww , tu baru majlis masa akad nikah and walimah . Tapi yang perlu disibukkan , yang utamanya disibukkan adalah persiapan diri untuk menjadi seorang isteri or suami and bina baitul muslim .

Siapa tak nak keluarga yang harmoni , sakinah , lepas tu sama-sama membawa cinta yang terjalin dengan akad nikah tu hingga ke syurga . Suami isteri saling bangun tahajud , tadarus sama-sama , masak sama-sama , beriadah sama-sama , shopping sama-sama *ehemm* saling mengamalkan sunnah Rasulullah sama-sama , raih redha ALLAH sama-sama . Siapa tak nak ?

Siapa tak nak anak-anak yang quratul 'ayun , soleh solehah , taat ummi abi , paling utama taat perintah ALLAH . Siapa tak nak ?

Tu lahh , daripada berangan wedding day grand bukan main , kek 14 tingkat , baju menyapu lantai , there lots of rohani and emosi matter yang nak kena fokus . Thanks kepada kawan kita tu , bagi baca buku Sebelum Aku Bernikah by Hilal Ashraf *nanti start sem baru pulang heee* Alhamdulillah banyak yang belajar . Banyak lagi kekurangan diri yang nak diperbaiki . Tak mungkin dapat jadi sempurna , but at least put an effort for it .

Sedih , tengok 999 hari tu , bulan mulia sanggup dicemari dengan maksiat . Dimana salahnya dekat situ ? Apa yang kurangnya kat situ ? Tepuk dada tanya iman .

I'm not living in such Islamic family , takde warak pun . Many things happened around me , where I believe and most of people agree that nak didik dan bina ummah , memang dari rumah . So , kena mulakan dari sendiri , takkan nak tunggu dah kawen baru nak belajar semua tu . Bukan mudah nak buang sikap yang mazmumah , tapi kena always mujahadah .

So , readers ! Jom sama-sama mujahadah . Yang belum kawen , jom sama-sama perbaiki dan muhasabah diri . Yang dah kawen , terus usaha untuk bina baitul muslim , demi redha ALLAH , of course lillahi ta'ala :D

Cc Ahmad Tarmezi on fb

Cc Kak Dyra Hadi on Instagram
#Alhamdulillah , kuasa ALLAH sebab tangguhkan perkara ni . Baru sedar banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri . InshaaALLAH , satu hari nanti . Kalau tak di dunia , inshaaALLAH di syurga .

p/s : Doa-doalah semua wishlist cik bori kat tepi ni semua tick asap hahaa aamiin .

Tuesday 23 July 2013

Shantek


Bedah : Subhanallah , cantiknya dia tu .
Melah : Tau takpe , cantiknya .
Tipah : Bestnya jadi orang cantik .
Bedah : Ehh , kenapa pula ?
Tipah : Ye lahh , semua orang suka tengok . Sejuk mata memandang .
Senah : Ha'ah , lagi-lagi kalau solehah lepas tu cantik . Aku pun falling in love .
Bedah : Semua ciptaan ALLAH tu cantik , cantik tu subjektif *layan video mat lutfi*

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ni . Semoga dimanfaatkan bersama-sama .

Since ana just stay dekat rumah , memang hari-hari mengadap lappy , tengok tv , main game *tak senonoh perangai* so banyak benda yang diobserve . Ecehh macam silent observer pula , tapi dah tak berapa silent dah bila jari ni dah menari-nari di atas keyboard dengan tarian zapin , hip hop and kpop *jari je , bukan orangnya haha*

Oke enough mengarut .

Shantik tu subjektif , ehh bukan shantek , cantik lahh heee . Semua ciptaan ALLAH tu cantik dan indah tapi ye lahh manusia , rambut sama hitam , tapi pandangan mata lain-lain . Ada orang tengok dia ni cantik , tapi orang yang lain tu tengok tak berapa cantik . Bila tenung-tenung cermin lama-lama , mesti bermonolog dalaman 'boleh tahan aku ni , berangan macam Ailee jap' .

Manusia , lagi-lagi perempuan , mesti nak lagi cantik dan lagi cantik dan lagi cantik . Maknanya nak sentiasa cantik . Tapi cantik untuk siapa ? Untuk tatapan siapa ?

Disebabkan melayan drama Ramadan Yang Hilang lahh lepas tu Dahlia lahh , Demi Dia je tak layan sebab entah , macam tak kena je Zoey dengan Elfira tu . Lepas tu memang tah , tak suka jalan cerita dia , makanya memang suka mengobserve muka artis-artis ni . Cantik belaka .

Lepas tu , memang suka tengah online ni tengok barang mekap , amende nak pakai dekat muka kalau nak bagi muka tu flawless . Ada mask lahh , lepas tu Tasha Manshahar pakai Sophie Secret lahh lepas tu menyimpang tengok tudung , lepas tu shawl lepas tu baju peplum Falah Albiyana , perempuan kan .

Tapinya tu lahh , belum kawen ni , nak cantik untuk siapa ? Ustaz Kazim kata , isteri ni bila dah kawin , pakai lipstik kat luar tak dapat pahala , pakai kat rumah dapat pahala . Sebabnya ? Tunjuk kecantikan tu untuk suami . Itu yang dah kawen , yang belum kawen ni pun nak juga merasa jadi cantik walaupun tak cantik .

So , tanya diri sendiri . Apa guna tunjuk cantik kat ajnabi tapi tak dapat redha Ilahi ? Apa guna melawa , kalau dalam hati nak dapatkan pujian manusia ? Makanya , tajdid niat .

Disebabkan sebelum keluar rumah , mesti nak dapatkan restu si cermin , jom amalkan doa ni .

Cc Oh So Muslim

So girls , nak raya ni elak tabarruj . Nanti ada pula yang upload tudung merah , baju kuning , kain hijau . Traffic light sangat u olls . Nak kepop ke apa , tak perlu lahh nak tabarruj macam tu , walaupun sebenarnya dalam hati nak sangat . Cari redha ALLAH dalam berpakaian . Mata yang bernafsu akan kata tabarruj , tak tutup aurat tu yang paling cantik padahal hakikatnya , menutup aurat dan berakhlak mulia tu lebih cantik . Walaupun tak cantik di pandangan manusia , at least raih redha dariNya .

Tak salah nak nampak cantik ,
untuk kepuasan sendiri ,
tapi jangan sampai jadi fitnah ohh cik adik ,
sehingga mengundang murka Ilahi . *pantun sangat cik bori ni*



Wassalam , kbhai !

Thursday 18 July 2013

And it just ....


Bedah : Alhamdulillah , dah seminggu kita puasa .
Senah : Alhamdulillah .
Tipah : Aku kan , tak puas hati betul . Something bother me . Its like bla .. bla .. bla ..
Jemah : Jangan macam tu Tipah , bawa bertenang , istighfar . Bulan Ramadhan ni , kan ?
Bedah : Ye lahh , just chill bebeh .
Tipah : Its Tipah , not bebeh .
Bedah : Oke , foine . Tipah =..="

Assalamualaikum .
Sashiburien minna *its Japanese , I meant it* Alhamdulillah , still , hari ni ALLAH bagi nikmat menjalani ibadah di bulan Ramadhan al-Mubarak . Bukan Murtabak oke heee . Jodannayo , jodan *Japanese lagi*

Alhamdulillah , alhamdulillah , always bersyukur tiap-tiap pagi bangun sahur dengan muka lapar walaupun sahur ala kadar , makan nasi dengan telur goreng but alhamdulillah , alas perut . Orang lain sahur air kosong dengan tamar je . Always bersyukur tu .

InshaaALLAh moga ALLAH panjangkan umur kita untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ni sehingga ke akhirnya , where I hope jangan pergi bulan Ramadhan ni *sobs* Moganya dipanjang umur bertemu lagi bulan Ramadhan , bulan penuh keberkatan , keampunan , kerahmatan ni .

Since nothing to do duduk dekat rumah , jadilah housewife yang berjaya , lahh sangat kononnya tu . Memasak , menjahit , semua perempuan kena tahu lahh . Sedang fall in love dengan jahitan manik tapi yang dijahitnya macam disaster . Tapi mak sedapkan hati itew ni 'bolehlah tu long jahit tu , lawalah tu' and dalam hati kata 'tengok dekat-dekat microscopic view memang disaster , dari jauh , kelas kau Bedah' *kembang sendiri , astaghfirullah* Nak katanya dekat sini , itulah benda dibuat dekat rumah selain melayan anime *astaghfirullah lagi* Lepas tu dah prepare senarai kuih raya untuk dibuat . Ya ALLAH , housewife sangat dah ni rasa ni heee

So , muqadimmah kemain . Amende Cik Bori nak meroyan ni sebenarnya ?

Guys , banyak benda kan kita belajar dalam hidup ni . Some people ALLAH uji hidup di dengan perkara yang baik-baik , where ALLAH uji dia untuk terus bersyukur dengan nikmat tu . Some people , ALLAH uji someone dekat dengan dia , untuk bersabar dengan kerenah orang lain , but we also feel the pain . Dalam hati kita yang tengok ni , ALLAH je tahu how hurt it is . Baru tengok , the person encounter it hurt more than we did .

Sometimes benda yang kita tengok , kita rasa sakit sangat tu , buat rasa macam 'oke in future I hope this thing tak jadi lagi dalam hidup aku , enough sampai sini je' sebabnya sakit dalam hati tu sangat sakit . Yeah , maybe one two or several days later kita lupa tapi if we didn't take an action to overcome that matter , satu hari nanti akan berulang lagi .

It just , I hope never see anything hurting again in my life tapi ALLAH sentiasa akan uji hamba-hambaNya . Just bear in mind that ujian ALLAH tak pernah melebihi kemampuan kita .

I'm not saying that I'm good enough , but we deserve a better life . The life to seek for His bless . Semua benda kita buat dihitung , dicatit malaikat kiri kanan . Bila dah ada perasaan menyampah dalam hati tu , cepat-cepat istighfar *ni memang advice diri sendiri*

Ye , ana seorang yang cepat menyampah dengan orang bila benda dia buat tu memang memeluatkan . Sekali dua , boleh tahan . Tapi bila memang dia tak behave , memang sebijik menyampah dilempar dekat dia . Tapi tu lah , dalam menyampah kena selalu istighfar . Kita nak nasihat  , benda kita buat even sikit pun maybe akan buat others lagi menyampah dengan kita . So pointnya di sini , menyampah berpada-pada , istighfar selalu kena ada .

Susah nak buang kalau dah menyampah , perghh macam cruel evil gila perkataan menyampah ni . Tapi nak buat macam mana , some bad weakness in myself . Astaghfirullah , bulan-bulan Ramadhan ni kena banyak istighfar , kena buang sifat mazmumah , bina sikap mahmudah . Semoganya ALLAH buang perangai cepat menyampah ni .

Moga bulan Ramadhan jadi titik permulaan atau penyambung perjuangan dalam memperbaiki diri . Always muhasabah diri .

And I hope never encounter perasaan menyampah , never encounter a person with perangai yang akan buat diri sendiri menyampah . Lets spread Islam , with love , lillahi ta'ala .

Cover photo a friend in fb

Salam Ramadhan , walaupun dah masuk hari ke-9 ^^,
#psst ! Ustaz Kazim kata , kahwin tu ibadah . Niatkan pernikahan tu untuk raih redha ALLAH , bukan semata sebab nak suami hensem , kaya , macho , kpop , cool macam naruto , ichigo , lepas tu siapa lagi lupa dah nama anime , and bukan sebab nak isteri cantik , pinggang ramping , bergaya , hijabista , ada heels 4 inci semata-mata . Selamat bernikah siapa nak nikah bulan Syawal ni , nak jadi pengapit ni . Hahaa . Kbhai *merepek? my blog , my sukasuki . Menyampah? Idc*

Friday 5 July 2013

Redha Seadanya


Bedah : Alhamdulillah , worth it . What we did is what we get .
Melah : Wah , gempak seyh dia .
Tipah : Tu lahh , aku ni ciput je .
Melah : Takpe , jangan pernah lelah berusaha .
Bedah : InshaaALLAH , terus usaha (:

Assalamualaikum .
Its been a while pepols *ayat minta lempang* Not been a while sangat lahh kan . Tengah takde buat apa ni , bosan-bosan kita buat entry baru . Maaf atas kemengarutan .

Alhamdulillah , semalam , 4 Julai 2013 , result semester lepas dah keluar untuk semua student UPSI . Barakallah untuk semua . Yang dapat result gempak , terus usaha . Yang kurang bernasib baik , jangan pernah lelah berusaha . Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya . kegagalan tu banyak mengajar sebenarnya .

But kadang-kadang , kita kena tajdid niat , selalu . Niat kita menuntut ilmu , pastinya lillahi ta'ala . Selalu kena tajdid niat tu . Keputusan yang kita dapat tu , inshaaALLAH untuk mencapai kejayaan , untuk membahagiakan mak ayah , untuk dapat first class degree so that ptptn jadi biasiswa , untuk dapat pekerjaan yang baik . Dunia kita kejar , akhirat lagilah kita kena kejar . Segala ilmu yang ada di dunia ni , semua milik ALLAH .

Memang lahh agak kecewa , tak capai target yang kita nak . Tapi kalau baru separuh jalan berusaha , lepas tu dah give up pun tak boleh juga . Ye lahh , kekadang tengok carrymark , nak nangis rasa . Tapi tu lahh , masa buat assignment , boleh pula tengok anime *sentap diri sendiri* . Alhamdulillah , kekecewaan semester lepas terubat walaupun jawab final lagi rasa nak nangis . Linear Programming yang soalan 1 pun dah "amende ni ?!" , soalan Numerical Method yang "kenapa tak bagi matrix b?" , soalan Statistic yang "ya ALLAH , aku lupa ayat intepret" , soalan Mikroekonomi yang "lenguh tangan jawab siap graf bagai" , soalan bi yang "oke , 30 minit akhir kira halal" *halal juga result dapat B* .

Tapi tu semua memang banyak bagi pengajaran . Everything happened for reason . Sometimes kita di atas , sometimes kita di bawah , tak selama-lamanya kita di posisi yang sama . Iman pun turun naik , ni kan pula result .

Apa tujuan peperiksaan? Bukan nak tentukan siapa bijak, siapa kurang bijak, siapa hebat, siapa tak hebat. Tidak! Ia sebenarnya bertujuan menguji sejauh mana kefahaman ilmu yang kita belajar, selain mengukur disiplin, kemahuan dan sikap kita-cp

InshaaALLAH , yang utamanya sentiasa tajdid niat . Usaha , doa , then tawakal . And jangan pandang remeh even satu subjek pun , walaupun rasa subjek tu payah , rasa lecturer tu asyik buat kita rasa , hmm , macam tu lahh , tajdid niat sentiasa , sabar sentiasa .


Perjalanan masih jauh , perjuangan belum tamat . Berjihad menuntut ilmu , berjihad untuk Islam . Nak lawan orang kafir , kena cari ilmu , lagi-lagi ilmu agama *ya ALLAH , aku masih jahil ilmu agama*


Semoga dengan kejayaan dunia yang kita peroleh , tak sama sekali jadi variable menyebabkan kita lupa , lalai dan leka untuk kejar kejayaan akhirat . Hanya dengan rahmatNya kita akan bertemu di Syurga . Syukur dan redha seadanya (:



cc pacek google


My one way of study , buat nota *tengah rajin kale-kale*


Study paling tak efisien , tengok anime senyum sorang-sorang sebab caracter dia semua cool habes ! Tak bagus ! Lepas tu dengar lagu pun tak efisien , dengar zikir takpe . Dengar nasyid , urmm kalau Hanya Tuhan Yang Tahu ke Kerana Cinta ke Permata yang Dicari ke memang melayan kejap dengan tangan buat gaya nasyid hewheww


Masa ni paling tak efisien gila , pegang buku ambil berkat je , mata tengok Ironman 3 , dua hari berturut-turut tengok movie yang sama tapi bi B , hamek kau T-T *nanges* mungkin kurang dekat carrymark , muhasabah diri .

Have a suitable , comfortable place to study . Ketenteraman itu penting . Lappy depan mata sentiasa menguji kekuatan iman untuk tengok anime hahaa and most importantly , sentiasa sabar . InshaaALLAH , ALLAH bersama-sama orang yang sabar (:

#Disaat kita sedang bersenang dengan nikmat dan kejayaan dunia , jangan lupa mendoakan umat Islam yang ditindas . Takbir ! ALLAHU AKBAR !

Thursday 4 July 2013

Jalan Yang Mana ?

 

Bedah : Jalan yang ni lahh , korang ni .
Jemah : Kau biar betul , sesat nanti .
Melah : Jalan mana-mana pun sama je , jumpa penghujung yang sama juga .
Joyah : Korang ni , tu pun tak tahu ke ? Yang ni lahh jalannya .
Senah : Ehh korang , main game pun bising ke ?
Girls : Hee ~

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , such a great nikmat from ALLAH dipanjangkan umur bertemu bulan Julai dan bakal bertemu bulan Mulia yang dinanti-nanti , Ramadhan Al-Mubarak . Are you ready guys ? Ya ALLAH , berdebar rasa . Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna , agar dapat ku lalui dengan sempurna ...... Nyanyi kejap hee ~

Oke , nanti kita buat entry Ramadhan , lagi berapa hari je , kan ? Siapa belum qada' puasa , cepat qada' . Nanti tak sempat (:

Which way is better ? Jalan apa sebenarnya ni ? Adakah jalan ke Mid Valley , Sunway Pyramid atau Berjaya Times Square ? *Gatal kaki nak berjalan sebenarnya ni* No dear , it's not what I meant . Jalan dakwah yang mana yang kita pilih ? Jalan tarbiyah yang mana yang kita cari ?

Tarbiyah , kena hari-hari . Kalau tak , macam sorang-sorang mencari . Kita ni kalau tak ditarbiyah , dalam hati tu ada satu macam perasaan . Macam satu piece yang hilang , then pieces yang lain pun makin hilang . Tarbiyah , ada banyak cara . Self reflection , self motivation , minta nasihat dari orang , macam-macam lahh . But certain people , mereka rasa nasihat or kena tarbiyah tu macam satu perkara yang memalukan . It's like , macam lahh aku tak tahu . Aku tahu lahh . Something like that . Even kita dah tahu , bila diberitahu balik macam mengingatkan . Kalau tak diingatkan akan lupa . Tu lahh manusia .

Jalan dakwah ada banyak . Some people using media massa untuk sampaikan dakwah atau ilmu . Some people , secara direct like usrah . Ye lahh , kita ni nak bagi talk pun tak reti nak bercakap , nak yakinkan orang . Tapi tu lahh jalan yang paling berkesan , face to face , then sampaikan sehingga terkesan di hati . Me adore much Ustazah Fatimah Syarha . Btw , new book dah keluar . Risalah Hati (: Nak bagitahu je hahaa *mengharap ada nak bagi sebagai hadiah sebelum pergi beli sendiri*

Some people yang guna media massa ni , ada macam-macam . Like using facebook , twitter , tumblr , blog , youtube , keek , instagram , haa apa lagi . Tu je lahh yang tahu pun hahaa . Medium dakwah ni banyak , kita je yang tak pakai . Ye lahh sebelum dakwah kena tarbiyah diri . Even some kind of nasihat pun mencukupi . Saling mengingati sesama kita .

Dekat facebook , kita boleh share picture , share hadis , terjemahan al-Quran dekat status , pertama-tamanya niat lillahi ta'ala , then untuk mengingati diri kita sendiri , and mengingati orang lain . Dekat twitter , kita boleh retweet . Walaupun limited 140 words kot , tapi banyak yang terkesan di hati . Ramai yang jumpa , sangat best diorang ni . Macam Kak Dyra Hadi , Cik Garam , Hanis Amani , and banyak lagi . Dekat youtube pun banyak . Contohnya Mat Lutfi *eheemm* , Anuar Hadi , Aisyah Syakirah , Adibah Awang and many more . Even using BBM , Whatsap or Wechat pun boleh beb .

Paling macam , bestnya tu , dakwah melalui lukisan . Macam Rusydee Arts . Adore sangat lukisan beliau , semua jadi wallpaper lappy . Ye lahh kita ni tak reti melukis , so memang adore lukisan beliau ni . Bakat ALLAH bagi , kita guna sebaik-baiknya . InshaaALLAH , saham dekat akhirat nanti .

Ana bukanlah sampai nak dakwah hebat-hebat macam orang lain , tapi mostly everything yang dikarang dekat blog ni , tarbiyah untuk diri sendiri . Bilamana kita ni umat Nabi Muhammad saw , kita adalah da'ie (pendakwah) . Bersama-sama sebarkan agama Islam , tunjuk kesucian agama Islam . Be a true Muslim , not Islam sekadar di identity card .

Moga dengan jalan tarbiyah dan dakwah ni , mendekatkan kita kepada ALLAH swt .

Pesan Ustaz Don (:




*Picture credit to pacek Google*