Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru


(Edited version 16052015)

Assalamualaikum .

Just a quick update dari hamba ALLAH yang hina dina ni sempena Hari Guru . Gituu

Alhamdulillah , berkat tunjuk ajar semua cikgu , bermulanya dari kedua ibu bapa , lepas tu family sampai lahh  lecturer sekarang dah semester 8 ni , alhamdulillah sampai ke tahap degree . Never thought in my mind sampai degree bagai . Pikir nak diploma je , tapi alhamdulillah aturan ALLAH siapa yang tahu kan . Kita mampu usaha je (:

Terima kasih yang tak terhingga buat mereka semua , mereka yang telah mengajar ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah . Ilmu itu tidak pernah habis walau belajar dengan seramai mana guru pun . Ilmu ALLAH itu Maha Luas . InshaaALLAH , semoga dapat kita kejar ilmu dunia dan akhirat dengan sebaiknya .

Dan yang pastinya , segala kejayaan dunia yang kita capai , diseimbangkan dengan kejayaan akhirat . Beb , kalau pun dekat dunia kau berjaya sampai kaya raya pun , ALLAH Maha Kaya . Kaya dunia belum tentu kaya di akhirat kalau sibuk kejar kejayaan dunia tapi kejayaan akhirat letak tepi .

Kejar dunia , tak dapat akhirat . Kejar akhirat , dapat dunia .

InshaaALLAH , cepat atau lambat , I'm gonna be a teacher . Mulanya memang masuk profesion ni sebab macam dah tau kerja apa lepas graduate nanti . But then , tajdid niat balik . InshaaALLAH , niatnya yang terutama lillahi ta'ala , kemudian untuk membalas jasa mak ayah dan mendidik anak bangsa supaya bukan sahaja berjaya di dunia tapi juga di akhirat kelak . Akhir zaman , banyak cabarannya . Negara mungkin semakin maju , tapii umatnya , nauzubillah , ramai yang sesat . Semoga ALLAH permudahkan usaha kita semua untuk membawa kembali umat Islam ke landasan yang benar .

So , Selamat Hari Guru ^^,

Credit to :
- Mak ayah
- Family
- Cikgu tadika masa umur 5 tahun lepas tu 6 tahun sebab tadika lain-lain
- Cikgu SK Lambor Kanan , Perak
- Cikgu SMK Sultan Muzaffar Shah (1) walaupun stay situ sebulan je
- Cikgu SMK Taman Dato' Harun , PJ
- Cikgu tuisyen Sarjana and Andrew Choo
- Lecturer KMP
- Lecturer UPSI
- Kawan-kawan dari kecik sampai dah besar
- Orang-orang sekeliling secara langsung atau tak langsung
Tambahan : cikgu-cikgu SMK Bukit Katil, Melaka masa praktikal
Thanks to all , halal ilmu dunia akhirat (: Moga ALLAH redha .


credit to fb heeee

No comments: