Sunday 21 April 2013

That Past


Bedah : Banyak orang cepat berubah tapi berubah ke arah kejahilan daripada kebaikan tu lagi cepat berbanding berubah dari kejahilan kepada kebaikan .
Senah : Itulah pentingnya mujahadah dan istiqamah .
Eton : Tarbiyah diri kena selalu tapi banyak yang tak jumpa cara yang betul .
Jemah : Sokongan orang lain pun amat perlu dalam usaha berhijrah . Tapi ramai memilih menghina mencaci golongan yang berhijrah ni .
Bedah : Semoga kita sama-sama muhasabah diri dalam aspek ni .

Assalamualaikum .

Alhamdulillah di malam yang hening ini walaupun guruh di petang seperti menandakan hari hendak hujan tapi hingga ke saat ini , belum gugur manik-manik jernih dari kepulan awan di langit yang terbentang luas *kenapakah macam sastera gila ni? hahaa*

Di keheningan malam ini juga ana memilih untuk mencoret sedikit dari diri yang jahil dan hina ini .

Kalau dahulu , seseorang itu amal ibadahnya tidak terjaga , habluminallah entah kemana , mungkin kini juga begitu . Tetapi bukan selama-lamanya dia akan kekal begitu . Hidayah itu milik ALLAH , ALLAH Maha Berkuasa mencampakkan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki . Tidak bermakna juga mereka itu orang-orang yang tidak dikehendaki , tetapi ALLAH menghendakii yang lain dari mereka . Kita perlu sentiasa mendoakan supaya hubungan kita dan orang lain dengan ALLAH sentiasa terpelihara .

Kalau dahulu , pakaiannya mencolok mata memikat menggoda semua yang memandang , mungkin juga kini masih begitu . Tetapi bukan selama-lamanya dia akan menjadi tatapan mata-mata bernafsu . Teguran berhemah amat perlu , bukan memaksa tetapi membuka hati mereka bahawa semua itu suruhanNya . Lambat laun mereka akan menutup aurat dengan sempurna juga , semasa jasad tidak lagi bernyawa .

Kalau dahulu , masyarakat memandangnya dengan pandangan hina , mungkin juga kini masih begitu . Tetapi bukan selama-lamanya dia terus dicerca dicaci dengan perkataan-perkataan kesat . Kata-kata itu suatu doa . Berkatalah perkataan yang baik , sentiasa bersangka baik , doakan yang terbaik .

Kalau dahulu , hidupnya bergelumang dengan maksiat , pergaulannya tidak terbatas , mungkin kini masih begitu . Tetapi bukan selama-lamanya dia akan terus bergaul dan dihantui perbuatan maksiat . Mulakan dengan sifat malu , sifat menghormati sesama kaum adam dan kaum hawa . Lelaki itu pelindung , wanita itu minta dilindungi . Pergaulan yang sentiasa terpelihara , maka maksiat tidak lagi bermaharajalela .

Biarkan masa dahulu itu , ianya telah berlalu . Jadikannya sebagai iktibar dan pengajaran dalam meraih cinta Ilahi . InshaaALLAH , esok bahkan masa ini masih ada lagi untuk kita .

Biarkan masa dahulu itu , jangan biarkan ianya berulang lagi . Buka muka baru dalam lembaran hidup kita , untuk meraih kehidupan yang lebih bahagia di akhirat sana .

Masa dahulu , aku mungkin merindui'mu' , tetapi tidak mungkin aku akan mengulangi waktu'mu' . Cukuplah di sini sahaja kejahilanku , aku perlu membuka lembaran baru dalam hidupku . Untuk masa depanku , dunia dan akhirat . InshaaALLAH .


#Thanks for the owner of this photo , I've inspired and alhamdulillah everything I got in my heart had been written here .
*Erkk agak Dewan Bahasa dan Pustaka entry kali ni . Tak apa , memartabatkan bahasa ngeee ~~ ^_____^

No comments: