Thursday 25 July 2013

Pray The Dream Came True


Bedah : Yesterday I'm dreaming . How I pray the dream came true .
Joyah : Mainan syaitan je semua tu .
Limah : Choii , bulan Ramadhan ni kau . Syaitan kena ikat lahh .
Joyah : Ohh my bad .
Melah : Usaha lahh supaya your dream came true .
Tipah : Yup , doa pada ALLAH .
Bedah : Lahh , sebab tu kata aku doakan mimpi tu jadi kenyataan .
Girls : K .

Assalamualaikum .
Ohaiyo minna *still into anime lagi* Astaghfirullah , bulan Ramadhan ni , kan ? Ahlan wasahlan ya ukhti wa akhi . Trimas masih sudi melayan cik bori meroyan merepek dalam blog ni . Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk beribadah di bulan Ramadhan yang mulia . Sebulan setahun je dapat bulan mulia ni . Belum tentu ada Ramadhan yang seterusnya buat kita *ingat tu cik bori oii , jangan na into anime sangat*

Impian . Mimpi . Angan-angan . Berbeza , macam sama tapi bukan dia . Semua orang ada impian . Ni bulan syawal ni , dah dapat invitation majlis perkahwinan , pertunangan pun ada kot maybe . Barakallah semua . Haih , cik bori ni je belum lagi nak menjemput . Kenapa ? ALLAH belum izinkan lagi . Banyak lagi lack sana sini cik bori ni . Tu , anime tu salah satu lacknya . Ni kalau kawen ni , entah dah ada anak dok melayan lagi . Naruto tu , baru 300 episod . Detective conan , entah bila conan tu nak jadi sinichi . Bleach tak habis tengok lagi , one piece , fairytail , tak tengok lagi . Astaghfirullah . Maap lahh encik bakal zauj , tahan lahh perangai zaujah awak ni nanti . Muahahaa

Oke , sudah . Dah masuk zauj zaujah tu , tahu lahh kan apa maksud cik bori meroyan merepek ni . Hahaa *cute evil laugh* Nak buat macam mana , tiap kali sahur ayah buka Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias . Kita sambil makan , sambil resap talk Ustaz Kazim . Semat kuat-kuat dalam hati *kemain*

Semua ada impian nak kawen . Semua ada mimpi berkahwin . Semua dari kecik angan-angan nak kawen *kahwin=kawen=kahwin , ahh sama je* Tu , masa kecik-kecik dulu , main kawen2 , ntah berapa kali 'kawen' . Siap kita dulu kena usik nanti ada green carpet dari rumah opah ke rumah yang konon nak di'kawen' tu . Wonderful life as a child , lagi-lagi duduk kampung .

But semakin dewasa , semakin akal kita jadi matang . Fikir , plan , nak ada grand wedding ala-ala dalam taman , ala-ala arabic style , gaya retis kemain . Tapi yang difikir tu , masa walimah . Ni sebelum walimah , sebelum akad , and most importantly kehidupan selepas dah sah bergelar suami isteri . Banyak tanggungjawab .

Sebelum bernikah , tak tahu lahh ramai ke tapi maybe lahh ada yang just sibuk planning nak siap baju , mak andam , pelamin , rumah renovate sikit , kad jemputan lagi . Pheww , tu baru majlis masa akad nikah and walimah . Tapi yang perlu disibukkan , yang utamanya disibukkan adalah persiapan diri untuk menjadi seorang isteri or suami and bina baitul muslim .

Siapa tak nak keluarga yang harmoni , sakinah , lepas tu sama-sama membawa cinta yang terjalin dengan akad nikah tu hingga ke syurga . Suami isteri saling bangun tahajud , tadarus sama-sama , masak sama-sama , beriadah sama-sama , shopping sama-sama *ehemm* saling mengamalkan sunnah Rasulullah sama-sama , raih redha ALLAH sama-sama . Siapa tak nak ?

Siapa tak nak anak-anak yang quratul 'ayun , soleh solehah , taat ummi abi , paling utama taat perintah ALLAH . Siapa tak nak ?

Tu lahh , daripada berangan wedding day grand bukan main , kek 14 tingkat , baju menyapu lantai , there lots of rohani and emosi matter yang nak kena fokus . Thanks kepada kawan kita tu , bagi baca buku Sebelum Aku Bernikah by Hilal Ashraf *nanti start sem baru pulang heee* Alhamdulillah banyak yang belajar . Banyak lagi kekurangan diri yang nak diperbaiki . Tak mungkin dapat jadi sempurna , but at least put an effort for it .

Sedih , tengok 999 hari tu , bulan mulia sanggup dicemari dengan maksiat . Dimana salahnya dekat situ ? Apa yang kurangnya kat situ ? Tepuk dada tanya iman .

I'm not living in such Islamic family , takde warak pun . Many things happened around me , where I believe and most of people agree that nak didik dan bina ummah , memang dari rumah . So , kena mulakan dari sendiri , takkan nak tunggu dah kawen baru nak belajar semua tu . Bukan mudah nak buang sikap yang mazmumah , tapi kena always mujahadah .

So , readers ! Jom sama-sama mujahadah . Yang belum kawen , jom sama-sama perbaiki dan muhasabah diri . Yang dah kawen , terus usaha untuk bina baitul muslim , demi redha ALLAH , of course lillahi ta'ala :D

Cc Ahmad Tarmezi on fb

Cc Kak Dyra Hadi on Instagram
#Alhamdulillah , kuasa ALLAH sebab tangguhkan perkara ni . Baru sedar banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri . InshaaALLAH , satu hari nanti . Kalau tak di dunia , inshaaALLAH di syurga .

p/s : Doa-doalah semua wishlist cik bori kat tepi ni semua tick asap hahaa aamiin .

No comments: